Sampai aja KK jam 7.00 malam terus bawa makan seafood di gerai Pak Mat pasar malam Waterfront KK. Ini aja gambar yang sempat ambil, yang lain dah kena ngap. Thanks Pak Mat tauke gerai sebab belanja kami ikan kerapu 3 rasa, best tuuuu.......! Tengok tu Cik Nita kita tengah meng ' ngap ' ketam hehe....!
Tempat kedua keesokkannya kami ke Pasar Kraftangan KK ada juga yang panggil pasar pilipin...Apa lagi borong sakan la durang ni, tapi Cekwa dah selalu tengok tak minat dah nak beli pape....Yang penting Aishah tak lupa bawa balik rumpai laut yang lebih murah di sini, hijau , merah, kuning semua ada.
Kalau ke Sabah rasanya tak sah kalau tak singgah Rumah Terbalik, rugi tu...satu je dalam Malaysia tau...Hepi jer durang ni terutama anak sedara Judin dan Yuni yang teringin nak pergi sini..Tiket masuk untuk dewasa RM10.00 kanak-kanak RM5.00 sahaja.
Kat Rumah Terbalik ada kedai cenderamata, macam-macam ada, Cafe untuk minum kopi best pun ada, sempat layan mak ayah minum di sini.
Okey sambung lagi selepas ini lawatan ke mana pula ya....tata!
No comments:
Post a Comment