Penatnya.... Perjalanan dan perhentian yang memenatkan tetapi amat berbaloi!
Bermula perjalanan dari rumah pada 03 Mac 13, ke KKIA - KLIA, menaiki teksi dari KLIA ke KL kemudian ke Kuantan seterusnya ke Temerloh - Bera dan perjalanan pulang dari Bera - Temerloh - Pekeliling - KLCentral - Bandar Bukit Puchong seterusnya 13.3.13 Puchong - KLIA - KKIA - sampai rumah jam 4.30 petang.
Banyak pulak kenangan sepanjang perjalanan, tapi Cekwa percaya setiap langkah di perjalanan itu walaupun bersendirian tetapi sentiasa ditemani Allah swt. Contohnya semasa dalam perjalanan ke Kuantan, tersangatlah lapar, tiba-tiba aja bas berhenti di stesen minyak. Dapatlah peluang beli roti dan air untuk mengalas perut. Banyak perkara yang berlaku tidaklah dapat di kongsikan di sini, tapi Cekwa rasa amat bersyukur kerana setiap ujian yang dihadapi pasti ada jalan yang diberiNya. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memberi aku jalan mudah disaat-saat getirku....
No comments:
Post a Comment