Saturday, March 2, 2013

Business Is War

Awal Februari lalu berkesempatan untuk menghadiri Kolokium Pengurusan Kewangan bertempat di dewan Auditorium Kementah, Kuala Lumpur.
Diantara slot yang menarik minat Cekwa ialah ceramah yang disampai kan oleh Datuk Maznah Hamid yang juga dikenali sebagai Iron Lady Malaysia.



Salah satu tajuk yang sangat menarik iaitu "Business Is War"


Ceramah Datuk Maznah memberi kesan yang amat mendalam, penuh bersemangat dan bermotivasi. Beliau juga mengajak tetamu berdiri dan menyanyi beramai-ramai lagu "Kau Boleh". Beliau sangat bermurah hati berkongsi rahsia kejayaannya dan sentiasa memberi dorongan untuk sama-sama mengecapi kebahagiaan yang telah dirasainya.

Mari berikrar:
"Kegembiraan & kebahagiaan saya bergantung kepada diri saya
Kenaikan pangkat / gaji bergantung kepada diri saya
Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejayaan ataupun kegagalan diri & hidup saya
Segala-galanya bergantung kepada diri saya."

Bersama Datuk Maznah Hamid

No comments: