Harini mula keje selepas cuti panjang CNY. Cuti panjang yang merehatkan minda dari kebizian melampau di ofis. Suasana agak tenang harini selepas semua proses sbpa telah selesai.
Pada sahabat yang tak sehat selama beberapa minggu tu, aku amat bersimpati, hanya doa diiringkan agar cepat sembuh. bawak-bawaklah bersabar ya kerana setiap kesakitan itu adalah kerana kasih sayang Allah kepada kita bagi menguji kesabaran yang ujud dalam diri.Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri yang hanya kita sendiri yang dapat menangganinya....
Semalam, rumahku dikunjungi tetamu iaitu sahabatku yang sama senasib dengan diri ini mempunyai seribu macam masalah. Cuma bezanya dia telah kematian suami tercinta selama beberapa tahun lalu. Kini dia menanggung deritanya sendirian tanpa orang yang disayanginya. Aku amat memahami dan setiap kata-katanya terluah bersama linangan air mata...! Aku tahu dia mesti dalam keadaan terlalu tertekan sehingga dia meluahkan saja segala yang tersimpan dalam dirinya. Kadang-kadang bila kita melihat seseorang jangan hanya melihat secara luaran..sama seperti aku, mungkin secara luaran nampak segalanya ok, tapi dalam hati ini tiada siapa yang tahu...Pada sahabatku itu, aku cuma dpt memberinya kekuatan dan semangat untuk terus bersabar...Jika aku punya segalanya pasti aku akan jadi hero untuk selamatkan semua orang dimuka bumi ini......kekadang ada jugak terfikir nak jadi camtu kan. tapi apakan daya aku cuma insan biasa yang tak punya apa-apa. Semuga semua penderitaan para sahabatku dapat di atasi segera, hanya doa buat kalian agar terus berbahagia...!
Apa guna ada harta kekayaan jika tiada budi pekerti yang mulia!
1 comment:
Salam, Lama tak singgah sini. Harap Cekwa terus sihat dan dapat bekerja dengan baik pada 2012 ni..
Post a Comment