Monday, November 7, 2011

Majlis Korban sempena Aidil Adha 2011

Hari Raya Aidil Adha disambut sederhana di sini tapi sempat juga mengadakan majlis korban bersama-sama pegawai dan kakitangan PPD Beaufort. Kali pertama di buat di pejabat ini atas usaha Ustaz Ali dan Ustaz Jemlih serta ahli jawatankuasa kebajikan dan pewanis daerah Beaufort. Tahun pertama ini dapatlah mengorbankan seekor kerbau dan seekor lembu sahaja. Harap-harap majlis ini akan disertai oleh ramai lagi kakitangan di tahun hadapan pulak.
 Ramai juga yang hadir termasuk tuan PPD, dan ketua-ketua unit.
Ini acara memegang senduk...Kejab lagi kena masak sup nak makan ramai-ramai.
 Tiga negeri, Melaka, Pahang dan Kedah bertemu di Sabah.
 Sup gear box.
Masak-masak jangan tak masak....harapkan gaya jer memasak tu.

Tuan PPD turut serta bersama  isteri untuk sama-sama meraikan majlis korban ini.
 Puan Sufizah bersama suami.
 Sedap betul sup ni, sampai mata pun naik juling makan ya.
Sempat posing dengan sup....
Hanya beberapa keping je sempat upload kat blog, ada banyak lagi dah masuk FB...Itulah sahaja aktiviti hari raya aidil adha kali ini....semuga semua yang terlibat terutama yang telah berkorban, agar majlis ini diberkati Allah swt.

2 comments:

Unknown said...

SALAM,
PENGISIAN YG TERBAIK DI HARI RAYA AIDILADHA INI !BEST NAMPAKNYA SUP TU !

Ateh Nour said...

Sallam Aidil Adha CekWa,

Alhamdulillah dapat juga berkorban,

Nyam nyam, sedapnya sup gear box....