Monday, October 10, 2011

Gaji Ahli Parlimen Ditarik Balik

Dari Berita Harian Online klik di sini


KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012.
Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini. 




## Tidaklah nak menyokong mana-mana pihak...Namun elok juga lah ditarik balik bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat. Maklumlah rakyat kita di Malaysia ni nampak jer senang tapi hakikatnya masih menanggung kesempitan hidup berpanjangan. Contohnya  ibu tunggal  yang bergaji dibawah RM3500 lagi lah teruk... nak beli rumah murah tak layak sebab gaji dah lebih RM2500.00, apa-apa bantuan semua tak layak sebab kononnya bekerja. Terpaksa beli rumah kos sederhana, bayar rumah bayar kereta sebab nak hantar anak kehulu-kehilir semua kena tanggung sendiri. Kadang-kadang bila tengok ibu tunggal yang tak bekerja lagi mewah dengan pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka berbanding dengan ibu tunggal bekerja.......! Kalau tengok bilangan org-org kita yang bekerja terutama kerja kerajaan rata-rata ada je yang terpaksa meminjam dengan along, walaupun along berlesen tapi kerana nak sara anak bini terpaksa pinjam juga,yang untung dalam hal ini...ce ye nun alik......!!!!!!  Fikir-fikirkanlah bersama guana la nak bantu orang kita maju......!

1 comment:

World of Azketom said...

Baguslah ditarik balik. Ahli Parlimen dah cukup kaya apa...nak kempen dah tentulah guna duit kerajaan, gaji dah tentu besar, projek kiri kanan, apa lagi nak elaun...kan membantu rakyat satu ibadah...