Saturday, October 8, 2011

Bajet....!

Tak sempat nak update blog ni..Sepanjang petang, malam dan pagi ni duk dengar dan baca pasei bajet 2012.
Bila tengok komen-komen dimerata tempat ramai yang berpuas hati dengan bajet yang diumumkan oleh PM kita semalam. Tetapi masih ada jugak yang tidak berpuashati. Biasa lah tu kan...Cuma yang penting kita tetap kena  bersyukur dengan bajet kali ini.
Bajet untuk semua....dengan penurunan harga beberapa barang kawalan, minyak, gula, petrol. Jadi dlm masa 3 bulan ni harap takde lah yang gaduh lagi pasal gula, minyak tak cukup, mesti pembekal nak kasi jual habis punya sebab tahun depan harga dah turun.
Ibubapa  lebih untung awal tahun depan dengan bayaran yuran sekolah percuma. Semua pelajar juga akan terima habuan masing-masing. Kita berharap semua pelajar lebih bersemangat untuk belajar kerana semuanya dah free. Jangan pulak nanti jadi semakin lemah.
Harapan kita sebagai rakyat Malaysia agar mengambil segala peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Mana yang nak sambung belajar separuh masa pun kerajaan dah tanggung, so apa lagi ambillah peluang yang ada bagi yang muda. Yang dah berumur macam Cekwa ni tak sempat dah nak ambil peluang ni. Orang-orang mudalah kena berusaha tingkatkan ilmu pengetahuan. Banyak sebenarnya peluang, cuma kita sajalah yang menentukan samada nak ambil atau tidak peluang yang ada.
Apa yang kita nampak pada masakini, pelajar-pelajar kita ramai yang alpa. Terutama dari segi pelajaran. Banyak persaingan diantara semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Jadi anak-anak kita perlu lebih banyak tingkatkan ilmu dan jangan banyak buang masa. Sebab persaingan semakin sengit untuk mendapatkan tempat di sekolah-sekolah terbaik dan pusat pengajian tinggi. Kalau anak-anak kita asyik ambil mudah perkara ini susahlah nanti untuk dapatkan peluang yang ada.Itu lah salah satu perkara yang Cekwa risaukan tentang anak bangsa kita.

Eh ! Ter emosi la pulak pasal bajet 2012 ni...ok lah apa-apapun  yang ditulis di sini hanyalah sekadar renungan Cekwa yang tak berilmu ni dan ianya khas untuk anak-anak Cekwa agar mereka menjadi anak-anak yang bijak menggunakan masa dan peluang yang ada. Jadilah insan yang kreatif dan bijaksana!

6 comments:

zulkbo said...

salam...
alhamdulillah dan tahniah pada yang
mendapat menafaatnya kali nih..

Nizam said...

Untung sape yang terkene bajet 2012

Cik SHiNJU said...

Salam Cekwa...

Senornye bangsa kita jer yg salu
x puas hati..sbb dah biasa disuap dgn
segala subsidi...Kala boleh semua nak free..

akuanakpahang said...

Kome kurang dpt paedoh (ada) taklah macam cikgu :(

sahromnasrudin said...

cekwa sambung 60 ke?? heheheee

CekWa said...

zulkbo: ye la, org mcm kite ni xla dpt banyak menda.

Nizam: Untung la saper ramai anak sekolah dengan gaji kurang RM3000, dpt RM500, dpt belanje sekolah anak dan bonos lagi....

Cik shinju: kali ni org kite kena usah lebih la jgn lg harapkan subsidi ye dak.

AAP: Dengar cite cikgu dgn skim kita same jek, cuma contoh jek ke cikgu, tp sememangnya cikgu lbh ramai di mlaysia kot itu yg semua permintaan cikgu dipenuhi hehehe.

sahromnasrudin: setakat ni masih kekal 55 nak pencen dah...dah tak larat naik tangga, pejabat kome takde lift hehe.