Sunday, October 2, 2011

Air yg tenang jgn disangka tiada buaya!

Semalam berpeluang melawat ke Taman Buaya, Tuaran. Lama dah hasrat hati nak kemari, tapi tak tau jalan la pulak. Dekat je dengan bandar KK rupanya, kalau dari One B (1Borneo) cuma lebihkurang 20minit aja. Kebetulan kami ke One B sempena PC Fair yang diadakan minggu ini.
Selamat datang ke Taman Buaya, Tuaran, Sabah.
 Peribahasa air yang tenang jgn disangka tiada buaya....tapi banyak buaya dalam kolam niii .......!!!
 Pandai jugak buaya ni berteduh di bawah pokok...cuaca agak panas tengahari ini.
 Buaya-buaya ni menunggu pengunjung melemparkan ketulan ayam yang boleh di beli dengan harga RM2.00 seketul.
                                   Berlumpur.........!!
                                         Ngap!!!..besarnyerrr.....!
 Buaya tembaga dalam kurungan.
 Lepak-lepak bersama buaya...
 Bermain-main dengan anak buaya semasa pertunjukan yang diadakan pada jam 1.00 tghari setiap hujung minggu.
 Buaya ni nampak ganas, menakutkan, tetapi boleh mengikut arahan penjaga di sini
 Selain buaya boleh juga menengok  ikan keli.....memerang, ikan koi, payau, dan ostrich.

Serta menyaksikan tarian tradisional, diberi peluang mencuba sendiri tarian ini, silap-silap leh terkepit kaki kat buluh ni...! Minggu ni ramai kanak-kanak sekolah datang bersama rombongan kemari. tiket masuk untuk dewasa ialah RM10.00. Tunggu cuti sekolah akhir tahun ini, nak kemari lagi dengan anak-anak!


2 comments:

roha said...

wah besar2 ya buaya. Disana sabah memang banyak buaya liar kan di sungai2?

Anonymous said...

x sangka negeri sabah byk tmpat2 menarik...cekwa x menari sama ke tarian itu..he3