Friday, July 22, 2011

Kepenatan Seminggu....!

Baru aje habis menguruskan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 peringkat daerah Beaufort. Alhamdulillah walaupun cukup sederhana tapi tetap lega kerana majlis berjalan lancar. Memang penat juga maklumlah buat di dewan yang kosong yang mana semua urusan kena sediakan sendiri oleh staf PPD dibantu oleh guru-guru di SMK Beaufort III. Dari menghias dewan sampai mengangkat kerusi, semua kena buat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang bersungguh-sungguh menyediakan keperluan untuk mengisi dewan dengan tetamu seramai 250 orang termasuk tetamu VIP seramai 5 orang.
                                                        Dewan SMK Beaufort III.

Kesian juga dengan staf yang terpaksa mengangkat kerusi, jadi aku bantu  setakat termampu. Memanglah kalau nak bandingkan majlis yang dibuat di hotel-hotel jauh api dari panggang, tapi kena bersyukurlah dengan apa yang ada, kita cuma menghias setakat apa yang termampu aja.
Hanya beberapa keping gambar sebelum majlis  sempat diambil sebagai kenangan, semasa majlis langsung tak ada kesempatan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 yang terdiri dari guru-guru dan anggota sokongan di sekolah-sekolah daerah Beaufort.

4 comments:

endiem said...

tahniah...dapat anugerah ke?

CekWa said...

tak dapat pun, cuma menyediakan ajer...Kami staf PPD majlis dibuat di Kota Kinabalu bukan di sekolah.

Che Mid said...

Syabas!! Tahun depan kena buat lagi la tu..

CekWa said...

che Mid: memang tiap tahun kena buat, kiranya ni first time la cekwa tlg uruskan bersama.