Tuesday, May 31, 2011

Kampung Air, Masjid Dan Nasi Katok di Brunei

Cuti Pesta Keamatan 30 dan 31 Mei 2011 terisi juga dengan aktiviti ke Kampung Air Brunei. Sebenarnya kali pertama la aku ke Brunei ni. Kebetulan dekat aja  dari Pekan Beaufort ni. Kalau perjalanan tanpa henti-henti mungkin memakan masa 3-4 jam aja. Tetapi melalui jalanraya dari Beaufort perlu melalui 8 pos kastam dan imigresen, maklumlah masuk Negeri Sarawak, Brunei, masuk Sarawak semula barulah sampai ke Brunei.
Kami sampai jam 11 pagi terus ke kampung air. Seronok juga merasai kehidupan di sini.





Satu lagi yang belum pernah dirasai ialah nasi katok ( sebutan 'katuk' ya bukan katok bahasa org Pahang tu). Nasi katok ni sangat sedap, kerana menggunakan beras wangi yang sememangnya lembut dan enak, berlaukkan ayam goreng tepung berempah, tambah sambal pelbagai rasa , biasa, pedas, pusu dan tahai. Tahai tu sebenarnya ikan salai yang ditumbuk menjadi sambal, pusu ialah sambal ikan bilis mcm sambal nasi lemak. Harga murah aja kat sini cuma $B1.00 kalau Ringgit Msia lebihkurang RM2.50 je kot. Nasi katok ni dijual dimerata tempat samada di pasar malam, atau  pasar raya pun ada.



Terpegun dengan keindahan Masjid Sultan  Omar Ali Saifuddien yang terletak di Bandar Sri Begawan. Masjid yang diiktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pasifik. Kubahnya yang diperbuat dari emas 24K. Itu yang diberitau oleh salah seorang penduduk di sana.





Tak puas lagi berjalan-jalan di Bandar Seri Begawan ni, mungkin satu masa nanti akan berkunjung lagi ke sini.....

7 comments:

Anonymous said...

gud morning cekwa
Wah..u r so lucky to be at Brunei Darulssalam
teringin menjenguk sedara mara ku di sana, maybe someday,insyallah..
take care cekwa.

Jejaka Desa said...

Ingat katok ong tadi...

cemomoi said...

ops doh lepas ke obersi yerk

Miecyber said...

Menariknya kampung air..

Jerman tutup semua loji nuklear pada 2022

Anamarza said...

Bestnya dapat gi negara lain

sahromnasrudin said...

seronok kje kat borneo..leh lajak ke brunei kan

Cik SHiNJU said...

cekwa blajor la masak nasi katok..
nt boleh ajor kami pulok..heheh
cekwa ke yg snap gambor2 masjid te?
cantik!