Kawasan berakit jeram Sg Kiulu ini hanyalah pada tahap 1 & 2 sahaja. Maknanya jeram yang tidak terlalu bahaya. Namun begitu kami tetap dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat beberapa jeram yang berbatu-batu tajam, serta kawasan pusaran air.
Antara gambar-gambar yang dirakamkan semalam dan hari ini.
Jeram Sg Kilulu terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Pusat Ko
Diberi penerangan oleh jurulatih Pusat Ko sebelum kami berakit, termasuk bagaimana caranya jika kami terjatuh dan lemas, atau jika terjatuh di kawasan pusaran air. Rupanya ada cara juga nak selamatkan diri ni.
Membaca doa sebelum bermula.
Antara gambar yang sempat di ambil, sebenarnya susah juga nak ambil gambar ni. Ni pun guna henpon aje..Memang tak dapat langsung nak pegang kamera, maklumlah semua kena mengayuh melawan arus. Berhenti di pertengahan sungai untuk berehat seketika. Penat juga berakit ni. Mujur semuanya ada membawa air minuman.
Acara berendam. Cantik pemandangan di kawasan Sg. Kiulu ni. Merentasi kampung. Terdapat banyak jambatan gantung macam di Sg, Lembing, Kuantan.
Hari kedua di Pusat Ko. kami diberi peluang untuk acara 'flying fox' pula, atau burung terbang panggilan di sini. Nampak mudah aje, tapi bila dah duduk tempat tinggi punyalah takut. Sebenarnya sukan begini bagus untuk menjadikan kita lebih berani.
bergambar sebelum memanjat menara tinggi untuk 'terbang'..heheh
Masa ni lah saat paling berdebar sekali..Nak gugur jantung!
Bila sekali dah dapat peluang gini, rasa sekali nak lagi....!
Sebelum balik,kami sempat singgah di Tamparuli untuk bergambar sakan lagi di atas Jambatan yang terkenal dengan lagu Jambatan Tamparuli tu la.
Model untuk singboard Jambatan Tamparuli Cik Leny kita dari Tawau.
Jambatan Tamparuli dari bawah. Ada jambatan kayu di bawah jambatan ini, tapi biasanya bila air naik jambatan kayu ini tidak boleh dilalui.
Anak buah aku di Unit pentadbiran pun turut teruja bergambar walaupun semuanya berasal dari Sabah juga.
Begitulah antara kenangan di Pusat Ko.yang cukup indah walaupun memenatkan, tapi tetap ingin ke sini lagi jika diberi peluang kedua.
13 comments:
Salam, pergh! mmg sedak amat kalau dpt berendam gitu sini cuaca panas terik :(
Panjang betul titi gantung ter weh....
Salam...
Behnyer Cekwa...
Tingin nak berakit kat Sg Kiulu ter...
Mesti pengalaman yg menarik ni kannnn..klu saya takut nak berakit tu...hu3..
p/s: klik ur HB...:)
Bestnyer....Adventure dan happening...
Bahana Valentine Day
koi lama dah meninggalkan alam lasak nih...dulu mase aktif dgn pusat kokurikulum negeri, selalu gak buat aktiviti outdoor cam tu...
teringat kat sorang artis AF asal cini..marsha gamaknya huhuhuhh
wah seronoknya ya bah...lain kali pergi tu ajaklah kita sekali...
seronok sekali-sekala dapat buat outdoor activity camni...
time ke sana takde pulok dorang ngajak tu yang lomah tu
SALAM..
Seronok betul nampaknya
berriadah di sana yak..?
bila la koi nak merasa
naik flying fox tu..?
nampaknya beh je kan?
waa extreme
Post a Comment