Wednesday, February 2, 2011

CNY & Cuti-cuti Malaysia.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia. Sambutan di Sabah ini pertama kali aku rasa. Cukup meriah jika dibandingkan di Semenanjung.

Masih teringat dulu-dulu masa di kampung, sejak kecik-kecik lagi semase masih menjadi kanak-kanak riang, setiap kali tiba Tahun Baru Cina akan datang seorang lelaki bernama Soh Poh dengan menaiki motor Honda C70 nya menghantar limau dan kacang  Ngan Yin. Dan kami pula bila tiba Hari Raya memang tak lupa menghantar lemang dan rendang sebagai membalas pemberian dia itu. Begitulah seronoknya hidup sekampung bersatu padu diantara semua tanpa mengira kaum. Sekarang ni tak tau lah bagaimana keadaan dia, bayangkanlah sejak aku kecik sampai anak-anak aku sendiri dah besar panjang, lama betul dah tak nampak kelibat dia lagi sejak beberapa tahun ni.

Okey, esok mula cuti, agak-agak nak kemana cuti-cuti begini. Alahaiii..nak balik kampung selalu, jauh sangat. Nampak gayanya duduk ajelah di rumah goyang kaki sambil makan kacang Ngan Yin dan Limau banyak-banyak!

Selamat Bercuti ya!

                                                                      gambar google aje

12 comments:

cemomoi said...

limau dah mahal tu yang dahde sapa nak sponsor

Miecyber said...

Selamat bercuti dan bergoyang kaki Cekwa....

Hotel burung

akuanakpahang said...

kawan naik loye makan limau beri dek rodong :)

sahromnasrudin said...

selamat bercuti utk cekwa ya..

Anak Ulu Cheka said...

tadi dapat sekotak uncle sebelah bagi huhuu

selamat bercuti

Terkini dari AUC dot com: AUC dalam proses penaiktarafan lagi

mamawana said...

Limau...limau...cuma dpt rasa beberapa biji limau ajer CNY nih. Alhamdulillah semua manis2 belaka.

CekWa said...

cemomoi: memang dah mahei belaka dah skrang ni

CekWa said...

miecyber: TQ mmg tengah rehatkan diri ni

CekWa said...

AAP: amboi banyak betul limau te, sampei loya heh

CekWa said...

sahromnasrudin: TQ sama-samlah bercuti kita

CekWa said...

AUC: wah banyak tu sekotak, raya sakan la dgn limau

CekWa said...

mamawana: yang manis takper, jgn yg masam,tak larat nak makan hehe