1. Walaupun dan berbulan-bulan temanmu masih tak bayar hutang, kamu tetap kata "tak apa"
2. Penantian itu penyeksaan. Namun kamu tetap tersenyum walaupun si dia hanya tiba di restoran setelah tiga jam kamu menanti.
3. Susah nak lihat kamu marah, sehinggakan teman rapat dan ahli keluarga menganggap kamu sebagai manusia yang tiada perasaan.
4. Kamu seringkali memberi nasihat kepada teman yang mempunyai masalah hubungan untuk kembali berbaik dengan pasangannya kerana bagimu semua orang akan buat silap.
5. Adikmu telah cuai ' mematahkan' gincu berjenama kesayanganmu. Walaupun hakikatnya ia adalah edisi terhad, kamu hanya berkata dalam nada gurauan, " Tak apa, nanti adik belikan akak gincu baru ya?"
6. Ketika di plaza tol, kamu membenarkan dua kereta untuk memintas barisan hadapanmu. Malah kamu siap senyum lagi pada mereka.
7. Rambutmu yang cantik "dirosakkan" oleh pendandan rambut profesional di salun. Namun kamu hanya berdiam diri dan tetap buat bayaran penuh walaupun tidak suka.
8. Bila baju rayamu yang ditempah lima bulan awal tak berjaya disiapkan hingga kamu terpaksa memakai semula baju tahun lepas, kamu tetap berkata " tak mengapa".
2 comments:
salam..saya bukan dari kalangan 10 yang akak sebutkan itu heheheheh
Ada satu bender org pompuan nie tak sabor
kalau jumpa emas... tak de nama sabornya :)
Post a Comment