Monday, July 19, 2010

Selamat hari Lahir Sayang....


Selamat Hari Lahir buat anakanda Ahmad Nurkhalis yang kini telahpun berusia 23 tahun.

Dilahirkan pada 10 Julai 1987 yang lalu di Hospital Mentakab, Temerloh, Pahang. Dilahirkan pada Pagi Jumaat jam 7 pagi selepas 10 jam berhempas pulas maklumlah anak sulung takde pengalaman dalam usiaku belasan tahun masa tu. Nama Nurkhalis adalah nama yang aku berikan sendiri bermaksud "Cahaya Kejujuran". Semuga menjadi anak yang jujur dan ikhlas setiap masa.


Semasa berpantang , aku mendapat panggilan temuduga. Masa tu kalau tak silap 35 hari berpantang tetapi aku gagahkan jua untuk hadir temuduga kali pertama dalam hidup atas dorongan yang diberikan oleh kakakku Neeta. Seterusnya habis pantang terus ditawarkan pekerjaan. Itulah dinamakan rezeki anak.


Semasa kecilnya banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Seorang anak yang suka menjahanamkan semua menda.(hehehe) Suka membuka sebenarnya dia nak tau apa ada dalam barangan tersebut. Harijadinya yang ke 12 pernah bagi hadiah radio jam yang sangat cantik tapi tak sampai 1 jam dia dah bukak habis radio tu sampai tinggal rangka. Masa tu alangkah hampanya hati tapi terpaksalah bersabar dengan kerenah Alis ni. Rupa-rupanya bila dah besar dia sangat bijak dan pandai membaiki komputer, henpon dan apa sahaja peralatan elektrik. Itulah kelebihan Ahmad Nurkhalis.


Terlambat nak masukkan ke blog ini kerana puas mencari gambar semasa kecik tapi tak berjumpa juga, maklumlah selepas berpindah randah banyak tempat.


Selamat Hari Lahir Sayangku...

5 comments:

akuanakpahang said...

Selamat hari lahir juga semoga di panjang umur dan dimurahkan rezeki. Berbaktilah pada keluarga. semoga menjadi anak yang terbaik.

Maza said...

I LIKE!! Dia dah besor panjang dah yek? Ingat lagi masa kecik kecik arite. Bapppokkk nakeynye! Hehehe... Tapi bila dah besor, jadi orang yang baik dan berguna. Sejuk hati ibu yang mengandung dan mendidik anak menjadi orang yang baik-baik.

sahromnasrudin said...

salam buffday..semoga panjang umur dan murah rezeki

Mieza said...

Dah beso khalisnya... bila la mok dia nak dapat menantu yek??? hehehe

CekWa said...

Yassin: Terima kasih
Maza : Harap-harap gtu la
Sahromnasrudin : Terima kasih
Mieza: Tahun depan kot hehehe..