Tuesday, April 13, 2010

hilangnya tiada penganti...

Semasa berkemas di pejabat semalam, terjumpa sekeping gambar penuh makna..Kenangan di saat2 terakhir seorang bos. Allahyarham Tn.Hj. Ahmad Buniamin yang telah meninggal dunia pada 2.9.2006. No 3 dari kiri berdiri dibelakang.Seorang yg baik hati yang hanya dikenangi selepas ketiadaannya.
Sengaja di masukkan ke blog ini sebagai kenangan abadi..





Sajak yg ditulis olehnya semasa berhadapan saat2 getir di jabatan kami sebelum meninggalkan kami semua...Al.Fatihah..


Aku Pelaut Daratan

Aku pelaut
Yang lumrah dimamah gelombang
Mencari rezeki lautan
Buat kamu makan

Aku Pelaut
Lali dengar gelombang, angin, ribut
Petir, panas, sejuk
Adat mencari ikan
Dengan kepandaian pengalaman
Kolek, sampan dan jala-jala ikan

Aku pelaut
Sudah bertahun-tahun
bermain-main di lautan
Tidur bangunku di sini
Mimpi lenaku di sini
Miskin kayaku bina dari sini
Bersara dalam lautan

Sekarang Kurang faham
Luar biasa sekali gelombangnya
Bertalu-talu datang menggulung
Seperti Tsunami, Katrina dan Rita, semuanya perempuan
Sering mendatang
Mencipta cabaran luar kebiasaannya

Lepas satu..satu menghilang pergi
Mengheret aku semakin ke tengah lautan
Memberi kesukaran dalam
Menguji kepenatan
Mencari jalan ke tepian
Adakah aku terus mengapai
Sebelum pulang ke pantai.

3 comments:

zulkbo said...

salam che wa
sajak yang indah
mengenang kisah lama

Pok Li said...

Al Fatihah

rudy said...

Sungguh menusuk kalbu