Friday, September 30, 2011

Misteri Bkt Melinsung...!

Selalu juga dah org sini bercerita pada saya pasal bkt Melingsung, tapi aku tak pernah ambil pusing malah menganggap semua itu sebagai gurauan sahaja. Hinggalah pada suatu malam seawal jam 9.00 malam aku mendapat satu petanda semasa tiba betul-betul di atas puncak Bkt Melinsung. Kerancakan suara aku dan Farah tiba-tiba terhenti apabila radio di kereta yang sedang elok berbunyi kehilangan siarannya..yang timbul hanyalah suara yang tidak difahami bahasanya. Puas juge aku menekan-nekan dan memusing2 mencari siaran radio yang jelas, tetapi sepanjang jalan lansung tak dapat . Kami jangkakan mungkin di atas bukit tadi terlindung sikit hingga hilang siaran radio nih. Anggapan kami meleset sama sekali. aku cuba tukar radio dengan memasang kaset (radio aku ni masih pakai kaset lagi), tapi kaset radioku pulak yang rosak secara tiba-tiba...tujuan aku memasang radio hanyalah untuk menghilangkan kesunyian malam sepanjang perjalanan pulang dari KK ke Beaufort.

Bukanlah nak percaya atau menidakkan perkara yang berlaku tetapi selepas hari itu pelbagai peristiwa menakutkan berlaku terhadap aku. Mungkinkah ada kaitan dengan misteri Bukit Melingsung?.....

Bila aku search kat internet pelbagai cerita mengenai Bukit Melingsung keluar menyebabkan aku mula memikirkan yang bukan-bukan...!!!

2 comments:

zulkbo said...

salam..
kalau betul apa dikata
dek orang ramai..betul la gamakny..
dunia ni kan penuh dengan misteri

Aku Anak Pahang said...

Salam.. keraslah tmpt tu ada penunggunya yak :)