Monday, September 26, 2011

Bizi memanjang...........!

Dah nak abis dah Bulan Syawal, jadi tak lama lagi takde lah rumah terbuka sana-sini....Beberapa minggu ni bizi sangat dengan kerja, sambil-sambil tu sempat lagi nak bantu kerja-kerja Majlis Hari Raya jabatan yang diadakan pada 22 September yang lalu. Walaupun dilantik jadi SU majlis merangkap Bendahari, tapi seboleh-bolehnya nak tengok semua persiapan berjalan lancar.
Alhamdulillah....memang bagus belaka staf pejabat ini, semuanya memberi kerjasama yang tak berbelah-bagi..Rajin-rajin belake deme nih!...Seronok bila majlis berjalan lancar. Ramai juga yang hadir, polis, askar, staf pejabat pos, pejabat daerah termasuk Pegawai Daerah sendiri sudi datang ke majlis kami. Kali ni majlis yang dibuat agak meriah juga siap dengan karaoke lagi. Kami menjemput semua jabatan yang ada di Daerah Beaufort ini, khususnya semua sekolah menengah dan rendah.
Antara gambar  yang sempat diletak disini sebagai kenangan, terima kasih kepada Cikgu Jali sebab menggunakan gambar-gambarnya untuk hiasan di BLog Cekwa kali ini..(tanpa kebenaran)
Selamat Datang semua...Cantik tak banner yang aku tempah ni.
Pengerusi Majlis sambutan Hari Raya kali ini, Encik Jali bersama tuan PPD
 Encik Askar pun turut menyumbangkan lagu-lagu di majlis kami...
 Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort duduk berbaju putih ditemani oleh PPD kami
 Suasana dikhemah cukup meriah...lima khemah yang dipasang penuh dengan tetamu..
 Pelbagai juadah yang disediakan, nasi beriani, laksa penang, soto mekasar, sate, cendol dan macam-macam lagi..Menu pilihan aku belaka tu, Alhamdulillah semua kata sedap-sedap juadah kami..
 Wakil staf dari Pejabat Pos Beaufort
Guru Besar, ketua pejabat dan staf Rumah Persekutuan
Muka pun penat berdiri layan tetamu ...walaupun penat dan letih tapi hati gembira sebab semua berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Hari ini kami buat satu lagi majlis makan-makan di pejabat bagi memberi ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah beganding bahu bersama-sama untuk majlis ini. Terima kasih semua, tahun depan kita buat lagi.

Goner nak kurus, hari-hari makan.......sedap pulak tuuu!!!!

5 comments:

Cik SHiNJU said...

As salam...

Cekwa jgn risau la,abes bulan
syawal sok kompem kurus balik..
Sok2 balik Phg terkujat Ayah Lias nengok Cekwa dh kurus..huhuhu

Miecyber said...

Orang Malaysia jer sambut raya sampai sebulan Huhuhuhuhuhu..

zulkbo said...

salam..
ginilah kita beraya di sebuah
negara yang makmur..makan dan makan
he he..

Anonymous said...

tb2 teringat sidia dari beaufort..entah apa khabarla skrg..

meriahnye open house

Mia Liana said...

wahhh.. seronoknya... makan2..