Tempat pertama kita akan jelajah kali ni ialah Dream World Resort, Mesilau, Kundasang. Perjalanan ke Kundasang dari bandar KK lebih kurang 2 jam setengah.
Sangat menarik dan sejuk di sini. Chalet kat sini bertaraf 5 bintang.
Nak tau lebih lanjut boleh lawati web : www.beautifulkk.com.
Boleh juga jenguk blog ini : http://sabahwomen.blogspot.com/2011/04/dream-world-resort-kundasang.html
Satu lagi tempat menarik ialah Desa Cattle Farm, Mesilau. Berada di sini seperti kita berada di New Zealand.
Susu segar keluaran Desa Cattle Farm.
Tengok di sini untuk lebih lanjut;http://desacattle.blogspot.com/
Pelbagai pilihan chalet dan resort yang menarik di Kundasang ni, tapi dream world terbaik kabarnya untuk dikunjungi.Boleh melawat dan menikmati pemandangan menarik sekitar Kinabalu Park, Poring Hot Spring,Kundasang War Memorial dan lain-lain lagi.
Pilihan kedua cekwa kali ni ialah Kasih Sayang Resort. Tempat ni pun sejuk juga cuma 45 minit dari Pekan Inanam. Inanam lebihkurang setengah jam je dari bandar KK rasanya, tak jauh pun. Nak sampai ke sini kalau ikut jalan Inanam ni berbukit curam, kalau pakai 4x4 memang mudah aja...! Ketinggian 2400 kaki dari paras laut, tentulah sejukkan bila dah sampai atas.
nak tengok lebih banyak gambar di Kasih Sayang Resort silalah lawati blog http://www.shahsramblings.com/?p=5962 banyak gambar menarik yang dirakamkan oleh saudara shah.
memang cantik giler pemandangan di sini. Sesuai sangatlah kalau member tu nak berbulan madu di sini. Hargapun taklah mahal sangat, nak tau pakej penginapan di sini sila lawati http://kasihsayang.com.my/
Ini adalah sebahagian tempat-tempat sejuk di kawasan tanah tinggi Sabah.
5 comments:
huuuu macam kat neuzelen laaaa
Salam Cekwa...
kala hanimun kat sabah cekwa sponsor ker? :P
Ape menu buka ptg ni?
cemomoi: neuzelen kat Maran ada juagak kan!
cik shinju: Cekwa masak cucur badak, kat sini takde jual cucur badak Yun!Kena wat sendiri laa.
beh...beh...tengkiu cekwa...tunggu tahun depan yek...koi datang..aok amik koi kat airport..sejukk..sejukkk....!!
seronok tol dok saboh ea...dah jemu esok balik la kerayong...
Post a Comment