Monday, July 4, 2011

Berbuka Puasa dengan Kerabu Peria...!

Berselera betul berbuka puasa harini dengan kerabu peria yang baru aja mendapat resepi dari Bongawan selepas kami berkunjung ke sana semalam. Walaupun peria ni dimakan mentah-mentah tetapi tidak terasa pahit pun bila dah dibuat kerabu ni. Mudah aja cara membuatnya iaitu sebiji peria yang dihiris nipis, bawang merah hiris, cili kampung hiris, ikan bilis tumbuk sikit, bunga kantan hiris, garam secukup rasa. Gaul rata bersama sedikit kelapa parut yang digoreng tanpa minyak. Takde sukatan yang tertentu, ikut lah atas kebijaksanaan masing-masing untuk memasukkan sebanyak mana.  Nama kerabu peria ni aku sendiri yang bagi, terlupa pulak nak tanya apa orang sini panggil resepi ni.

6 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
asal je kerabu...semuanya best. Fuhhhh nak kena buat jugak ke ni?

Mrhomestay said...

CekWa - Nampok cam sedak jer, resepi sama ngan kerabu lain ke?

sahromnasrudin said...

kerabu peria???? sy lum cuba lg tp mesti sesedap kerabu mangga gak kan :-)

CekWa said...

anyss : buat jgn tak buat anyss....

CekWa said...

BlogAbgAji: Memang sedak berselera betul makan nasi. sama jer mcm kerabu lain, tp rasa lebih sedap la.

CekWa said...

sahromnasrudin: try la buat, sedapppp!