Wednesday, June 22, 2011

Jom jenguk sekolah 2

Hari ini aku teruskan lagi sesi lawatan ke sekolah-sekolah sekitar Beaufort. Kali ini aku pilih sekolah yang jauh sedikit dimana sekolah ini diiktirafkan sebagai sekolah di pedalaman, yang mana guru-guru dan staf di sini mendapat bayaran elaun khas pedalaman. Perjalanan dari pejabat bermula jam 8.00 pagi menggunakan kenderaan jabatan.

Signboard ni betul dah, tapi rupanya  kami tersalah masuk jalan. Jalan di sini sudah jarang digunakan.

Mujur jugak bawak pajero, sebab jalan kat sini agak becak macam masuk Camel Trophy la pulak.
Jam 8.45 pagi sampai ke jeti ini, Lebih setengah jam kami tunggu kat sini, baru sedar rupa-rupanya salah jeti...huhu...
Heran betul diaorang nih...Nak pantau sekolah ke nak pantau tanah ni?
9.30 pagi sampai ke jeti Bangkalalak, guru besar SK Jabang menunggu kat sini rupanya.
Tu dia jaket hitam kat belakang, GB SK Jabang, Cikgu Jamaludin.
30 minit menaiki bot baru sampai ke jeti untuk ke SK Jabang ni. Baru sampai jeti tuuuu...
Untuk ke SK Jabang kenalah berjalan kaki lebihkurang 1 kilometer barulah sampai ke sekolah sambil menikmati kehijauan dedaunan alam semulajadi serta titi-titi kecil.
Hampir jam 10.00 pagi, kami selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
Murid tak ramai kat sini cuma 45 orang aje, ni salah satu kelas yang cuma ada 5 orang pelajar. Seronok kan belajar 5 orang je.
Sesi pemantauan pun bermula...
Selepas sesi pantau memantau, tibalah pula sesi gambar bergambar... Bersama dua orang guru SK Jabang. Dua dari kiri Cikgu Mardiana dari Kedah nooo.....jauh carik rezeki....! Setiap pagi seawal 6.30 dia bertolak ke sekolah dari Pekan Beaufort. Sorang lagi sebelah kanan sekali guru yang memang berasal dari persekitaran sini.
Bersantai di bawah pokok sambil menikmati hidangan nasi lemak kopi o....Terima kasih kepada pihak sekolah yang bersusah payah menyediakan sarapan.
Inilah sebahagian kelas dan pejabat SK Jabang. Bersih dan kemas,
Jam 12.50 tengahari kami bertolak balik kerana bot kat sini hanya 2 perjalanan saja, kalau terlambat, alamatnya kena tidur sini lahh....
Tak sanggup la kami.....

Sambil berjalan boleh kutip pucuk paku.
Udang galah katanya banyak kat sungai ni...Harga pun murah kalau beli terus di sini.
Kami balik  bersama guru-guru yang tinggal di Pekan Beaufort.

Abaikan aja selipar jepun yang cantik tu ya...

Biasanya kalau musim hujan memang teruk jugalah nak berjalan kaki di sini. Kebetulan kami pergi waktu panas terik jadi tidak lah becak sangat kata guru-guru ni...

Selepas setengah jam menaiki bot dan meneruskan perjalanan dengan Pajero, akhirnya kami selamat sampai ke pejabat jam 2.30 petang.
Pengalaman ke SK Jabang ini tidak akan  dilupakan. Kalau guru-guru yang setiap hari ulang-alik ke sini tak mengeluh kenapa pula kami perlu rasa penat dan lelah untuk melalui cabaran ini.

Akan datang kalau ada kesempatan akan ke sebuah lagi sekolah pedalaman , dimana kalau nak kesana perlu menaiki keretapi. Insyaallah ada peluang pasti akan ke sana.
                                                                                

5 comments:

Cik SHiNJU said...

Cekwa....yun suke gi tmpt2 camni..
nak2 kalau ade homestay..
byk udang galah? gulp..mesti byk sang bedal gak situ...

confuse ni..pendalaman atau pedalaman?

Nizam said...

Boleh buat port ngail ni....

CekWa said...

Yun, betul tu cekwa saloh eja, sepatutnya pedalaman, baru jab rujuk kamus dewan hehehe....mujur tak kena maghoh dengan cikgu BM!

CekWa said...

Nizam: Memang tempat orang ngail udang kat sini..tapi pepatah kata Yun memang ada sang bedal kat sini jugak!

Ateh Nour said...

Sallam CekWa,

Sama je gaya keadaannya dengan sekolah kat pendalaman Sarawak masa saya mula2 sampai sana dulu tahun 70an, tapi memang seronok perjalanan yang mencabar gitu, naik pajero, naik boat lagi..jalan dicelah-celah denai, titi papan sekeping,paling seronok boleh pungut pucuk miden..haha...