Bersantai setengah hari di Pulau Tiga baru-baru ini amat menyeronokkan kerana mendapat pengalaman baru memakai "masker" lumpur gunung berapi. Pulau Tiga terletak di Laut China Selatan di pesisiran pantai barat Sabah. Perjalanan ke Pulau Tiga perlu melalui jeti Kuala Penyu yang terletak lebih kurang 40 minit dari Pekan Beaufort. Dari jeti Kuala Penyu menaiki bot laju yang disewa khas melalui Pejabat Taman-Taman Sabah, Pulau Tiga. Mengikut sejarah Pulau Tiga terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.
Berjalan kaki 20 minit menuju ke Kolam Gunung Berapi .
Ni lah mud volcano yang menjadi tarikan ramai ke sini. Katanya kalau berendam di lumpur ni boleh menghilangkan penyakit kulit dan menyegarkan badan.
Ini kolam khas untuk masker sahaja.Tidak dibenarkan berendam di sini!
Kami semua tak berendam pun, cuma memakai masker aja ....untuk menegangkan kulit muka...!
LAYAN LER MUKE KELAKOR KAMI SEMASA MEMAKAI MASKER!
Ha ha ha..kelakor betul muka masing-masing dah jadi dayang senandung belake!
.
12 comments:
Salam, pasal aok me main lumpor yak :)
bestnyer dpt try masker ni...:)
Cunnyer semua orang hahahahaha
Atap genting dari tiub ubat gigi
Penemuan Saintis Islam
bila la nak ke sini..tsk!
amacam ada perubahan makin cun dan gedik tak?
Awet muda..
hehehe...cekwa pun cuba jugak yer....lepas ni sah kulit muka bertambah licin n ayu...
Wah...syioknye...
Yun ade tgk mase survivor aritu...
semuanya hensem dan cun2 belaka heheheeee
Lawalah semua lepas ni...
Sallam,
Haha, semua dah jadi dayang Senandung.
Tak pe lepas ni semua jadi lawa.
Tak puas main lumpur lembik mase kecik dulu la ni....
Post a Comment