Seminggu balik Pahang ni, asyik mencari makanan kegemaran jer......Selain coklat, mak beli ikan patin dan talapia, kebetulan jiran sebelah rumah menjual ikan tersebut. Terkejut juga bila dengar harga Talapia sekarang dah naik berganda iaitu RM 13- 14 sekilo. Sebelum ni rasanya cuma RM 5.00 je sekilo...Biasa la tu semua menda dah naik harga sekarang ni...! Sebelum ni makan patin pekasam.
Jenuh jugak la menjamah ikan patin masak tempoyak dan Talapia goreng, ratah panas-panas best giler...
Susah jugak nak cari patin dan Talapia yang best macam ni kat Beaufort nanti. Kat Pahang je yang best!
Talapia Goreng
Ni bukan patin masak tempoyak, tapi mak rebuskan aja,
rasanya sedap tak terkira! Kebetulan tempoyak dah habis.
Esok dah nak gerak ke KL sebelum terbang semula ke KK. Lepas ni bila pulak boleh makan makanan kesukaanku ini...! (",)
4 comments:
salam..
ermmm..sesekali lepas
rindu aok yak makan masakan
mak..memang sedap makanan
air tangan bonda..
:)
Koi kala patin tempoyok depan mate.Ayam percik ter koi jeling je.Tak ndok lalu....
Semua mende naik harga sekarang...
Sampaikan rakyat pun naik maroh weh...
Projek Pintar MAS
Yun dah lama x makin patin panggang berlada..
Balik kampung mggu ni nak beli patin ah..
Post a Comment