Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, katanya:
Rasulullah saw menugaskan saya menjaga zakat Ramadan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. Saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, "nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw."
Katanya, "Saya memerlukan, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat."
Kata Abu Hurairah: Kerana itu saya lepaskan saja dia. Esok pagi Nabi saw bertanya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Jawabku, "Ya Rasulullah, Katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."
Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
Saya pun yakin dia akan datang lagi, kerana kata-kata Rasulullah saw itu, lalu saya intip dia. memang benar, dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan. Terus saya tangkap dia sambil berkata, 'Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw."
Katanya, "Lepaskan saya. Saya sangat memerlukan, dan saya punyai keluarga. Saya tak akan buat lagi."
Saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia. Esok pagi-pagi Rasulullah saw bertanya saya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."
Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
Saya intip dia lagi untuk kali ketiga. Memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. Lantas saya tangkap dia seraya berkata, "Aku akan adukan engkau kepada Rasulullah saw. Ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga."
Katanya, "Lepaskan saya, nanti saya ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." kataku, "Apakah kalimah itu?"
Jawabnya, "Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi, Allaahu laa ilaaha illah huwal haiyul qayyuum...(hingga akhir ayat 255 surah al-Baqarah). maka kami akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga kepagi."
Setelah itu saya pun lepaskan dia. Esok pagi Rasulullah saw bertanya saya, "Apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh allah apabila seseorang membacanya, kerana itu dia saya lepaskan."
Nabi bertanya, "Apakah kalimah itu?" Jawabku, "Dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir, dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."
Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta. Tahukah engakau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" Jawabku, "Tidak."
Sabda baginda, "Itulah syaitan."
7 comments:
Ramei yang tahu tapi tak mengamalkannye.Same2 lah kite mulekan.
salam..
betul tu..
samalah kita amalkan
Terima kasih berkongsi kisah yang menarik ini.
nice info
salam...nak tanye LAbuan dgn tempat Cekwa jauh tak???
Tq cek We info ini..
Salam Cekwa...
lama x singgah sini...
dh makin anggun blog cekwa nih..
cekwa dok beaufort eh,yun ade kwn dok sane..
tp x ingt nama kg dia..huhuhu...
dkt la nk p Labuan kan..ape lg,soping la kita..;p
Post a Comment