Gambar-gambar sekadar hiasan..dari pak google.
Semalam tengah asik memikirkan berkenaan pertukaran yang dinanti-nantikan selama ini yg tidak kesampaian, dikejutkan pulak dengan berita gembira mendapat kenaikan pangkat..Alhamdulillah rezeki datang lagi.....Bulan depan mulai 25 julai bermulalah episod baru dalam kehidupan ini merantau ke negeri orang setelah lebih berpuluh-puluh tahun menginap di negeri kesayanganku Pahang Darul Makmur.
Mengikut surat yang diterima diminta melapor diri ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada 25 julai dan terus dihantar berkursus selama 5 hari di INTAN Kedah. Sebenarnya ada dua rasa yang terbit di hati sekarang ni, iaitu gembira kerana dinaikkan pangkat tapi sedih juga meninggalkan kampung halaman..namun itulah kehendak hati yang perlu diteruskan..Berharap agar satu sinar baru akan ujud di masa akan datang....
11 comments:
Salam Cekwa...
Tahniah naik pgkat...boleh ar banje yek.. ;p
alaa...xpe la p negeri org pun..
jauh perjalanan luas pengalaman...
mase muda ni la cari pgalaman kat tmpt org...
nt dah pencen balik ar dok kg...(mandai2 jer ;p )
mekasih cik shin~ju..tapi cekwa ni dah tua baru kuar kg halaman tu la pasal, kalau muda belia tak jadi masalah..insyallah kalau jumpa kita makan2 ok...
tahniah byk2 dr saya..awak berkhidmat di negeri mana?? selamat berkhidmat dan sekali lagi kalungan tahniah dr saya yerk...:-)
Tahniah kerana aok naik pangkat yerk..ini tanda hasil yang kita buat sudah dapat gandaannya..
sahromnasrudin : Terimakasih ..belum tau lagi
kat mana..
releven: Terima kasih..Bersyukur sangat.
tahniah .. saya yang menurut perintohhh
salam CekWa..
TAHNIAH..
pasti ada sinar baru
menanti mu..
jangan di lupa kami
di sini...
Terlebih dahulu TAHNIAH kawan ucapkan.
dan selamat bertugas ditempat baru dan menimba pengalaman baru. Tempat jatuh lagi dikenang.
tahniah semuga cik puan di tempatkan di kampung saya sekinchan tu
Tahniah, selamat menjalankan tugas baru di tempat baru. Cabaran baru sedang menanti!!
Cemomoi:terima kasih..perintoh akan diturut.
Zulkbo: terima kasih.insyallah takan lupa
rodong2.
Yassin: terima kasih..ats kata2 semangat te.
brutalsolo:terima kasih ya..
che mid: terima kasih...
Post a Comment