Showing posts with label bila hati tidak tenang. Show all posts
Showing posts with label bila hati tidak tenang. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Bila Hati Tidak Tenang!



Setiap kali bila berasa tidak tenteram di jiwa, aku selalu membaca kata-kata semangat yang dapat mengubat hati dari berterusan melayan perasaan yang tidak baik.
Antara kata-kata yang masih aku simpan dan akan membacanya bila perlu...
Kita harus rajin bermuhasabah diri agar kita dapat menilai setiap perbuatan kita adakah ia memberi pulangan baik atau buruk. Apabila terdapat sesuatu perkara yang kita tidak suka berlaku atau kehendak kita tidak tercapai, maka renungkanlah kembali ke dalam diri serta berdoalah agar diberi keampunan. Ia mungkin berlaku kerana sesuatu yang mungkin kita pernah lakukan kesalahan tanpa kita sedari.
Meditasi Islam tunggak kekuatan jiwa ialah memohon keampunan (taubat) setiap hari terhadap apa jua kesalahan samada sedar atau tidak diikuti sujud syukur atas segala nikmat yang kita kecapi sepanjang hari.
"Rasa Itu Pintu Rahsia"
Budaya berterimakasih dan bersyukur perlu dibuat dengan penuh perasaan. Bila jiwa tenang kita akan tahu untuk mengupas setiap masalah yang ada.
Ketenangan jiwa tidak dapat dibayang tetapi hanya dapat dirasa......
(Tulisan .soul axis management)

Dah 6.15 petang, hujan lebat membasahi bumi  Beaufort ini, kejab lagi nak berbuka puasa!