Ini Muzium Sejarah Cina. Cekwa belum berkesempatan untuk masuk ke muzium ini. Kebetulan waktu gambar ini di ambil muzium masih lagi tutup. Bangunan ini dibina pada Tahun 1912 sebagai mahkamah yang mengendalikan pentadbiran undang-undang dan adat yang berhubungkait dengan perkahwinan, penceraian, pembahagian harta dan lain-lain khusus untuk masyarakat cina di Sarawak ini. Ianya dibuka secara rasminya sebagai Muzium Sejarah Cina pada Tahun 1993.
Pemandangan sekitar taman di depan muzium tersebut.
Kelihatan Bangunan Dewan Undangan Negeri di seberang sana. Indah dan damai tempat ini.
Banyak kerusi-kerusi disediakan untuk pengunjung yang ingin berehat di sini setelah penat berjalan-jalan sepanjang waterfront.
Awal pagi agak tenang suasana di sini.
Patung kucing di hadapan James Brooke Cafe.
Kalau lapar dan dahaga bolehlah singgah di James Brooke Bistro & Cafe atau gerai-gerai yang disediakan di sekitar kawasan ini.
Perahu atau sampan yang disediakan untuk pelancong atau penduduk tempatan ke kampung di seberang sungai Sarawak. Diseberang sungai ini juga terdapat kedai kek lapis yang terkenal iaitu kek Dayang Salhah dan Kedai kek Mira.
Sepanjang sungai juga disediakan perahu tradisional dan Cruise untuk pelancong menikmati keindahan sepanjang pesisiran Sungai Sarawak.
Inilah perahu tradisional yang Cekwa maksudkan.
Jeti untuk menaiki perahu tradional.
Sarawak River Cruise menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Sarawak. Waktu perjalanan pada 5.30 petang hingga 7.00 malam setiap hari. Bayaran masuk RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak termasuk minuman dan kuih serta terdapat persembahan tarian tradisional.
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Terdapat banyak History Walk di sepanjang laluan pejalan kaki di Kuching Waterfront ini. Cekwa hanya sempat ambil salah satu iaitu History Walk II mengenai Sarawak menyertai Malaya, Singapura dan Sabah untuk membentuk persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Patung buaya berlatarkan Dewan Undangan Negeri dan perahu tambang.
Tugu dan arca Pak Tambang. Satu penghormatan kepada Pak tambang di atas tugasnya yang membolehkan beribu penduduk dapat menyeberangi Sungai Sarawak setiap hari.
The Square Tower dibina pada Tahun 1879. Pada mulanya dijadikan kem tahanan untuk banduan, kemudian ditukarkan kepada kubu pertahanan. The Square Tower juga pernah digunakan sebagai dewan tarian.
Tugu Peringatan Sir Charles Brooke yang dibina pada tahun 1924 dan menara jam.
Bangunan Astana kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak di seberang sungai kelihatan indah dipandang. Mengikut sejarah bangunan ini dibina oleh Rajah Kedua Sir Charles Brooke pada Tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya yang bergelar 'The Ranee Margaret'.
Menara Jam yang telah dibina pada tahun 1883.
Salah satu bangunan yang menarik di sini adalah bangunan mahkamah (1874). Bangunan yang dibina berdasarkan seni bangunan Mahkamah di Rom. Pesidangan Dewan Undangan Negeri dari persidangan kelima pada Tahun 1878 hingga 1973 telah berlangsung di dewan ini.
Dan akhir sekali Pejabat Pengurusan Kuching Waterfront.Sebenarnya banyak lagi bangunan-bangunan dan tempat-tempat menarik di sekitar Kuching Waterfront ini. Satu masa nanti Cekwa akan masukkan lagi tempat-tempat menarik di Sarawak, okey. Selamat datang ke Sarawak.
No comments:
Post a Comment