Lama betul tak ke sini....bukan apa kekangan kerja. Rasanya harini bolehlah menjenguk sekejab sebab dah mulakan hidup baru di Sarawak. Nanti bolehlah update cerita-cerita terbaru di sini. Sebulan dah kat sini belum dapat memanaskan kerusi. Masih sejuk dan beku.
Pertukaran Cekwa ke sini sebenarnya nak cari pengalaman baru di Sarawak. Negeri ini ada keistimewaannya yang tersendiri sama macam di Sabah.
Selama sebulan kat sini ada sedikit perbezaan dimana Cekwa perlu bawak kereta lebih agresif berbanding sebelum ni...jadi faham-faham lah ya. Lima tahun duduk di Sabah, bila memandu kat sini memang ketara sangat perbezaannya. Kena tinggal lama sikit kat sini barulah Cekwa biasa dengan suasana di sini kot..Sabor je lahh...
No comments:
Post a Comment