Wednesday, October 17, 2012

Kawal Kemarahan Mu



Beberapa minggu ni ramai orang stress tak tentu pasal, ntah hapa-hapa la kan...Atau memang dunia dah semakin sibuk hingga ramai orang sudah tidak boleh berfikiran waras lagi...Elok juga la kalau ramai lagi kakitangan awam di hantar menghadiri kursus Cara-Cara Menanggani Stress. Ramai sangat orang stress sekarang ni.....terutamanya lelaki-lelaki yang aku hadapi baru-baru ini.

Pertama jenis yang suka nak marah-marah sebab ego, tanya dengan elok tapi dijawab dengan kasar kononnya dia mampu dari segala segi untuk menangung dot ....dot ....dot...! Rasanya tak salah kalau anak-anak nak bermanja, tapi dihalang dengan kata-kata sinis, siap ajar lagi anak-anak contoh-contoh yang tak baik.

Kedua jenis yang rasa dia cukup pandai atau dia orang lama...Orang lama yang tak menghormati ketua..Memang lah orang lama tapi tak semestinya orang lama lebih pandai dari orang baru...Walaupun ketua kita baru tetapi pengalaman kerja dia juga lama macam kita...kadang-kadang yang lama tak suka pembaharuan, dunia dah semakin moden tapi masih guna tahap lama gaban lagi, bila ditegur secara baik melenting-lenting tanpa rasa hormat pada ketua...Nampak macam alim, tapi bila nak marah tak boleh nak kontrol, ermm kan dah nampak kelemahan sendiri...Sekejab jer orang dah tau perangai buruk kita bila kita tak pandai kontrol kemarahan. Bak kata orang jatuh saham hilang kehenseman...!

Ketiga yang memang tahap pegawai tapi pegawai tahap bawahan, suka nak lebih mengalahkan dia pulak bos..Bila bos takde kita jadi mangsa nak kena turut peraturan dia padahal kita perlu selesai sesuatu perkara ikut arahan ketua jika perkara itu mematuhi prosedur atau tatacara kerja, ini tidak dihentam ikut suka lepastu marah-marah kat perempuan ...erm takpa lah kan dia pegawai, tapi bukan tahap tinggi pun.. kita boleh terima, tetapi sebenarnya kalau kita tak berapa pandai tak perlu la buat pandai, kan lebih elok kalau kita berhemah....bila aku tanya dia balik satu soalan, mulalah gelabah dan dari nada suara yang meninggi tiba-tiba jadi slow. Mungkin dia sudah sedar kesilapan dia kot...ntah ikut lah...aku ok ja bah!

Keempat bos unit kita...Ok boleh terima dia bos kan, tapi bos pun kena ada tolak-ansur dengan staf barulah hidup aman damai...Ini tidak baru nak tunjuk mengenai sesuatu perkara dah fikir bukan-bukan...terus tak benarkan kita lantas aku pun merajuk dan terus buat surat tunjuk sebab mintak dia sain....baru padan muka kamu...Setiap perkara tak semua kita yang mintak, kadang-kadang arahan dari pegawai yang lebih teratas masih perlu di patuhi, tapi yang bawah-bawah ni rasa dia cukup tinggi sampai dah tak boleh nak berkompromi dengan sapa-sapa...Tanpa belas kasihan dan rasa simpati...Lastnya mula lah buat muka baik...bila aku mula buat muka selamber....

Aku tak kisah pun orang nak marah tak tentu pasal, ikut kamu lah, tapi itulah kelemahan kamu semua... Kelemahan kamu yang tak boleh nak kontrol kemarahan...

" Ya Allah...Ampunnilah dosaku dan dosa orang yang marah-marah itu, lembutkanlah hati mereka dan hatiku, jadilah kami orang yang penyabar, amin Ya Allah Amin Ya Rabbi...!"




Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ; aku mendapatkan tips ini  dari Blog ini http://aainies.blogspot.com/2010/12/tips-untuk-kawal-kemarahan.html 
1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.
**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.
Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “ Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi;“Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”




1 comment:

Anonymous said...

sabar je cekwa............cool...