Sunday, September 2, 2012

Cameron Highlands

Dah lama tak melawat ke Cameron Highlands..Sejak ada jalan baru melalui Pos Betau ni rasa lebih cepat nak ke Cameron Highlands..Hari-hari boleh berulang alik kalau macam ni...
Balik raya lalu berkesempatan ke Cameron Highlands bersama anak-anak dan kakak-kakakku, Neeta, Joria, Ina serta anak-anak sedara. Dah terbayang-bayang dah nak makan strawberi sepuas-puasnya...

Kami bertolak dari kampung agak lewat dah jam 3.00 petang melalui highway Karak masuk ke Daerah Bentong dan terus ke Raub untuk sampai ke Pos Betau. Kami sesat juga berpusing-pusing di Bandar Raub heheh....Bila jumpa aje papantanda Cameron Highlands punyalah seronok sampai sempat berposing lagi tu...
Sampai Cameron Highlands dah maghrib. Menginap di apartmen 3 bilik  cukup la untuk kami anak-beranak seramai 10 orang. Sejuk giler malam tu lebih-lebih lagi hujan pulak masa kami sampai.
 Sebelah malam, jalan-jalan pasar malam. Bermacam-macam barang ada di jual dengan harga yang berpatutan.
 Pagi-pagi kami dah ke ladang teh untuk minum teh  tarik segar dari Ladang Teh Cameron Valley.. Katanya   teh paling sedap di sini.
 Apa lagi acara posing la...Macam filem hindustan plak posing dan berpusing-pusing dalam ladang teh ni.
 Cuaca sejuk bila dapat teh panas memang best la......

 Acara kedua ke ladang strawberi yang dinanti-nantikan. Bawak anak-anak petik sendiri strawberi. Agak mahal sedikit buah yang dipetik sendiri dengan yang kita beli kat luar, biasa la kan.....
 Ermmm best juga makan strawberi coklat ni...nyumm...nyummm
Itu diaaaa!!!!!!!!
Berakhirlah percutian kami pada petang itu dengan kenangan indah... Rasanya belum puas lagi dan akan cari masa sesuai untuk bersama keluarga di Cameron Highlands satu masa nanti...,

3 comments:

LIPISLADY said...

Sallam CekWa,

Seronoknya jalam Cameron, tapi kalau musim hujan sejuk sesangat yee..

Sharinginfoz said...

macam2 ada kat kat CH ni.... memang seronok

Nizam said...

Ntoh bile2 koi dapat ke situ pulok...