Masih lagi dalam mood raya di kampung sejak pulang pada penghujung Ramadan yang lalu..Percutian di kampung akan berakhir beberapa hari lagi sebelum meneruskan kerja-kerja yang dah menunggu...Malas la nak fikir tentang kerja...Nak bercuti sepuasnya... dah lama tak bercuti lama macam sekarang, jadi ambil aje peluang untuk menikmati rehat sambil melayan anak-anak....!
Malam raya tak kemana-mana membantu kerja memasak bersama kakak-kakakku Nita dan Ina. Lemang dah beli siap-siap tak perlu nak susah2...cuma masak ketupat dan kuah kacang bersama kari ayam dan rendang daging.
Hari Raya pertama duduk di rumah sahaja tunggu anak-anak ke masjid bersama sepupu mereka. Hanya Acha & ajim sahaja yang beraya bersama Cekwa kali ni, sebab abang2nya ada urusan masing-masing. Abg sulung Khalis nampaknya beraya di hospital menunggu isterinya yang akan melahirkan cahayamata pertama mereka. Anakanda kedua Asraf beraya di kampung Sg Lembing.
| Acha dpt duit raya ke hepi sgt tu! |
| Suasana berhari raya di kampung...Acha & Ajim bersama sepupu-sepupunya |
1 comment:
Makin merioh la lepas ni bile ande yang baru datang...
Post a Comment