Saturday, April 7, 2012

Simptom Penyakit Hati

HEPATITIS
  
1.    PENGENALAN HEPATITIS
Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Hepatitis adalah:
  • Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia dan toksik
  • Ubat-ubatan

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma

Hepatitis A

Hepatitis A secara asasnya disebabkan makanan atau air yang tercemar. Ia tidak menyebabkan pentakit yang kronik dan berpanjangan. Walaupun hati radang dan bengkak, namun pada kebanyakan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada Hepatitis A. Virus ini akan membiak di dalam sel hati. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin Hepatitis A jika mengembara ke luar negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Hepatitis B

Hepatitis B adalah penyakit yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS.

Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air mata dan pelbagai.
Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tattoo, acupuncture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama.

Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak dinyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk turut menjadi pembawa.

Hepatitis B boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
 

Hepatitis C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar selain boleh merebak menerusi hubungan seksual. Kebanyakan mereka yang dijangkiti Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom untuk tempoh beberapa tahun. Ianya hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Hepatitis C tidak sembuh dengan sendirinya dan jangkitan itu boleh kekal dalam tubuh pesakit seumur hidupnya. Ia juga mungkin boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti sirosis dan kanser hati. Dalam kes yang serius, Hepatitis C hanya boleh ditangani dengan pemindahan hati. Tidak seperti Hepatitis A dan B.

Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghadapi penyakit Hepatitis C.  Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.

Antara cara jangkitan adalah:
  • Dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti
  • Perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan
  • Kebersihan alatan tattoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atauproduk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan
  • Berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui menghidapi hepatitis C. Walaupun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi.
  • Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko
  • Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani

Belum ada vaksin lagi untuk mencegah Hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis Hepatitis.

 
Langkah-langkah pencegahan:
  • Elakkan berkongsi berus gigi
  • Elakkan berkongsi pencukur
  • Elakkan berkongsi tuala dengan mana-mana individu
  • Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu
  • Elakkan amalan seks bebas
  • Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain
  • Dapatkan suntikan vaksin terutamanya Hepatitis B
  • Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan
  • Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali
Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin Hepatitis B.

Hepatitis D

Agen delta yang hanya menjangkiti pesakit yang mempunyai virus Hepatitis B. Ini kerana virus ini tidak boleh wujud bersendirian dan memerlukan virus Hepatitis B untuk membiak.

Hepatitis E

Virus ini boleh menjangkiti manusia melalui makanan atau air yang tercemar. Ia membiak di dalam saluran usus dan disebarkan melalui najis pesakit dan virus ini lebih kerap menjangkiti ibu hamil.

Hepatitis G

Disebarkan melalui darah atau bahan yang diperolehi dari darah.


BUSUNG

1.      PENGENALAN BUSUNG

Busung berlaku akibat daripada kerosakan hati yang berpanjangan.  Apabila hati mengalami kerosakan ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan sempurna.  Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protein.  Kekurangan protein (albumin) mengakibatkan tekanan on-kotik menurun dan cecair dari saluran darah mengalir keluar ke rongga abdomen.  Hipertensi portal juga menolak keluar cecair dari saluran darah dan menyebabkan asites atau busung.

Pengeluaran limfa berlaku dengan berlebihan kerana pengalirannya tersekat disebabkan sirosis hati, akibat keseluruhannya, pesakit mengalami penakungan cecair pada kaki, abdomen dan seluruh badan.

Busung merupakan simptom kronik penyakit hati. Pada peringkat ini pesakit kemungkinan sudah mengalami sirosis hati. Jika masih tidak dirawat ia akan memberi kesan negatif kepada  paru-paru dan kemungkinann boleh menyebabkan kanser hati.

Bagi mengurangkan busung biasanya pesakit akan dibekalkan dengan ubat untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing. Jika hati semakin kronik ia tidak lagi dapat memproses ubat-ubatan kimia dan akhirnya perut pesakit akan ditebuk untuk menyedut keluar cecair daripada abdomen pesakit. Perut pesakit akan terus ditebuk selagi busung berulang.

Oleh itu, hati yang rosak perlu dirawat, selagi tidak dirawat, selagi itulah simptom tersebut akan berulang.
                      
BENGKAK HATI
1.      PENGENALAN HATI
Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak di bawah rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel akan menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh badan manusia. Malah sukar untuk memisahkan sebarang aspek tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.

Antara fungsi-fungsi hati ialah:
·         Menghasilkan protein
·         Menstabilkan gula dalam darah
·         Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu
·         Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia,
      alkohol, dadah dan ubat-ubatan   
·         Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan
·         Menghasilkan antibodi untuk menentang virus atau bakteria

HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada?
·      Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan HIV)
·         Dadah
·         Alkohol
·         Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan

Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.

Pada peringkat bengkak hati biasanya, pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:
·         Demam yang berterusan
·         Letih yang melampau
·         Loya dan mual
·         Hilang selera makan
·         Sakit sendi
·         Penurunan berat badan secara mendadak
·         Jaundis (kuning)

Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom-simptom kronik seperti:

·         Busung
·         Bengkak kaki
·         Muntah berdarah dan najis berdarah
·         Koma

HATI BERLEMAK

1.      PENGENALAN HATI BERLEMAK

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain tidak terkecuali berdepan dengan masalah yang sama? Organ yang dimaksudkan ialah HATI.

Secara umum, hati berlemak atau steatosis atau lemak yang berlebihan pada hati. Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi. Ia mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau lain-lain penyakit yang lebih serius.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis.
Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras.  Namun, keadaan yang sama boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras atau dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). 

Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan pengambilan sesetengah ubat menjadi punca berlakunya hati berlemak. Namun begitu, makan makanan berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati. Malah, ada pesakit mempunyai paras lemak normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati, hati berlemak antara sebab menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin. Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.


 
Tanda

Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus golongan ini mengadu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Jika keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah hati, busung, pembengkakan kaki, demam dan jaundis.

Individu berisiko menghidap hati berlemak:
  • Mereka yang banyak minum minuman keras
  • Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang
  • Obesiti
  • Pesakit diabetes
  • Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
  • Kehamilan
  • Ubat-ubatan yang diambil dengan secara berlebihan
KUNING @ JAUNDIS

  1. PENGENALAN JAUNDIS @ KUNING

Jaundis berlaku akibat daripada pembengkakan sel hati atau saluran hempedu tersumbat. Sel hepatosit (sel hati) membengkak akibat daripada jangkitan virus Hepatitis, kuman, pengambilan minuman beralkohol, pengambilan uabt-ubatan yang berlebihan dan lain-lain.

Apabila sel-sel membengkak ia akan menyebabkan saluran hempedu menjadi sempit dan pengaliran hempedu terganggu dan cairan hempedu akan tumpah ke dalam saluran darah. Akibatnya cairan hempedu dan darah bercampur dan pesakit akan mengalami gejala kuning atau jaundis. Jika saluran hempedu tersumbat kerana batu atau ketumbuhan, gejala jaundis boleh menjadi sangat teruk sehingga kulit pesakit menjadi kuning kehijauan dan menyebabkan kegatalan pada kulit.

copy dari : Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar

8 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, juga tentang hati… sharing is caring :) - Fungsi Organ Hati

Qaiza said...

boleh cuba gunakan minyak kelapa dara...visit my blog at http://qaizashop.blogspot.com/

fatimah said...

info yang menarik. :)

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

Detox lah hati dengan DTX COMPLEX SHAKLEE. saya dan suami pun makan DTX COMPLEX. kalau nak tau lebih lanjut boleh call/whatsapp midz0163385790

Obat Alami Hepatitis B said...

thanks atas infonya, ditunggu artikel yang lainnya

http://obat-alami.info/obat-alami-hepatitis-b/

Anonymous said...

Ikhtiar untuk penyakit hati.
https://m.facebook.com/produkgreeno/

izzaty sarafina said...

Terima kasih! Lawatilah blog saya pada alamat izzatisarafinahanis.blogspot.my! Assalamualaikum dan jumpa lagi!

Unknown said...

info menarik.. terima kasih ^_^