10 Februari 2012, neeta sekeluarga selamat sampai ke Terminal KKIA jam 1.00 pagi...ambil jer diaorang terus bawa ke tempat penginapan di Apartment Promenade...terpaksalah tido hotel jer, maklumlah Pekan Beaufort terlalu jauh nak bawak diaorang ni jalan-jalan. Kat Beaufort tu takde sangat tempat yang menarik untuk dijelajahi.....
Jam 9.00 pagi bawa mereka jalan-jalan di Kundasang dan Ranau, tapi sayang juga sampai sana dah jam 12.00 tengahari, kabus dahpun menutupi gunung kinabalu yang indah tu.. tak dapat lah diaorang nak tengok, jadi kami mengambil keputusan untuk terus ke Poring Hot Spring untuk merasai mandi dengan air panas semulajadi. Sampai sana ramai juga pelancong luar negara. Kami semua merendam kaki aja bagi melancarkan perjalanan darah memasing tak mandi pun..Kat sini ada tempat mandi terbuka dan tempat bertutup bagi yang beragama Islam memang sesuai mandi tempat bertutup ni.
.
Seronok jer di Kinabalu Park, cuaca agak sejuk ketika ini. Neeta dan adik Su.
Hanya sempat bergambar aja sebab hujan dah mula turun.
Di pertengahan jalan untuk pulang ke Bandar KK, barulah nampak sedikit gunung Kinabalu muncul dari celah-celah kabus, apa lagi masing-masing ambil peluang berhenti dan bergambar sakan lagi.
Malam tu kami menikmati hidangan seafood di belanja oleh Ajam. Best sotong goreng berlada tapi tak la pedas.
Udang segar pun digoreng berlada.
Ini Butter Crab kegemaran eki ermm..sedap giler.
Malam kedua pekena seafood lagi, susah payah Ajam nak belanja cekwa makan lobster..Sebenarnya sejak duduk Sabah tak pernah lagi makan lobster, Ajam la yang nak belanja sangat mak sedara dia ni...Terima kasih Ajam.....Terlalu asik makan sampai lupa nak snap gambar kat sini, ni gambar pinjam dari google jer.Semuga Neeta sekeluarga berpuashati dapat jalan-jalan cari makan di Sabah, dan cekwa harap datang lah lagi ya bila teringin nak makn seafood yang agak murah berbanding Semenanjung....!
6 comments:
Salam,
Makanan seafood kat KK memang murah sikit ... udang murah tapi kerang (kalau tak silap) mahal. Butter prawns memang popular di KK
Menarik bah...
Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog
http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
eeee geram nyer tgok makanan2 kat atas ne,,,sedap kot,,,rasa cm nk pegi sane mkn jugk ,,,fuhhh rezeki,,,
hai cekwa..apa kabar?lama menyepi.....bz ke...cam ne keja...semua ok x?
hai..apa kbar?
Kt sabah diaorg kurang pedas n untuk makanan harian cost lagi tinggi dari makan di kl
Post a Comment