Monday, August 8, 2011

Bonus setengah Bulan Gaji!

Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum  RM500 dibayar  pertengahan bulan ini kepada penjawat awam. Kalau di kira setengah bulan bermakna kalau yang bergaji RM3000 sebulan tu dapatlah RM1500 ya. Maknanya tengah bulan ni dibayar RM 750.00 dulu dan bakinya Bulan Disember nanti, itulah kefahaman cekwa setakat ni.
Sebab bila search kat internet macam-macam pulak ceritenya. Ada yang kata dapat RM1000 aja, CUEPACS kata setengah bulan gaji. Kita tunggu ajalah pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan nanti ya.

Apa-apapun bersyukur kepada Allah kerana diberi rezeki  dalam situasi  kita yang bakal menyambut Bulan Syawal, sudah tentu banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan. Itupun dikira perbelanjaan berpada-pada bukan bermewah-mewah. Maklumlah gaji kecik, setakat 3,4 ribu tak nampak apa zaman la ni, lebih-lebih lagi yang bergaji bawah 2 ribu ye dak! Seme menda mahei belake weh!!!

Berbelanjalah sebaiknya supaya selepas raya nanti takdelah yang kekeringan pulak nak tunggu gaji dipenghujung bulan September 2011.

# roadtax keta dah nunggu hujung bulan ni wei.....!

7 comments:

musollahehsan said...

SALAM,
KALAU TAK SILAP, ORANG PENCEN PUN DAPAT JUGA IMBUHAN. ALHAMDULILLAH.

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..berita
gembira tu..setengah bulan
baik dari tak de langsung..
moga kita menjadi pekerja
yang bersyukur kan?

Che Mid said...

Salam, baguslah utk org kerajaan. yang bukan kerajaan tu.. sabo je le

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..syukurrrrrrrrrrr.......

cemomoi said...

laaaa bukan dapat 1/2 bulan tme raya, hujung tahun sok cite lain? 1/2 bulan lagi sempena nak pru

LIPISLADY said...

Sallam CikWa,

Alhamdulillah rezki Ramadhan,
Untung orang kerja kerajaan ni,
selalu ada bonus, orang kerja
sendiri ni kalau teringin nak
bonus kenalah kerja lebih sikit.

abu muaz said...

ada orang yang gembira tapi ada juga yang berduka