Monday, July 11, 2011

Ulat Sagu (Butod) dari batang pokok rumbia.

Tak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri Pesta Rumbia yang hanya diadakan setahun sekali di Pekan Kuala Penyu ini. Antara yang ingin aku saksikan ialah cara membuat sagu dari pokok rumbia. Selama ni tau makan je tapi tak tau macamana nak buat. Inilah batang rumbia dalam proses mengambil sagunya.
s
Serbuk berwarna putih dari batang rumbia yang telah disagat menggunakan sejenis alat yang dipanggil garus.
Proses mengasingkan sagu secara tradisional. Sekarang proses ini telah dilakukan dengan menggunakan mesin.
                          Alat-alat yang digunakan dalam memproses sagu secara tradisional.
               Inilah hasil dari pokok rumbia iaitu sagu yang boleh dimasak untuk menjadikan ambuyat, makanan
               tradisi Sabah.
                           Ini adalah ulat sagu (Butod) yang diambil dari batang pokok sagu yang telah reput.
   Ulat rumbia ini adalah makanan istimewa kaum kadazan dusun di Sabah yang mempunyai khasiat protein yg  
   yang tinggi.    
                                         
Gambar dibawah ini diambil dari http://sabahanz.blogspot.com/ .  Ulat sagu ini boleh dimakan mentah atau digoreng sehingga garing . Sangat sedap dihidang dengan nasi panas.

17 comments:

sud@is said...

ulat boleh akan ke?...

CekWa said...

Sudais:: Ulat ini memang dimakan oleh kaum kadazan dusun di Sabah, katanya sgt enak dan berprotein tinggi.

endiem said...

kita boleh makan ?

Miecyber said...

Sedak ker demeh weh....

Video Karnival Silat ,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM

CekWa said...

endiem: kalau nak, makan ler..!

CekWa said...

miecyber: ada org kata sedak wei, lemak berkrim.

Cik SHiNJU said...

Salam Cekwa..
Kat sarawak,dorg panggil ulat ni ulat mulong kan?
Org Melayu pun makan sbb halal katanya...
Dah mcm kuih siput plak yek..

zulkbo said...

salam..
terima kasihlah
aok makan sorang
je la ulat tu yak

..he he..

Aku Anak Pahang said...

Salam.. goner ker rasa ulat sagu nie yak tentu lemok yak... goner2 pun koi ttp mual hehehe sebab bukan makan kebiasaan kita :)

sahromnasrudin said...

ermmmmm.....mmg geli betul huhuhhh

Ateh Nour said...

Sallam CekWa,

Butod ni sama dengan ulat mulong kan,
saya jangan kata nak makan, tengok pun dah
geli, tapi kalau yang dah goreng garing tu pejam mata masuk juga mulut, pas baru nak kunyah uwekk...hehe..

CekWa said...

Cik Shinju: Sama gak mulong dgn Butod ni, spesies tu jugak, cuma beza sebutan sebab lain negeri.
Tak tau pulak yun ulat ni halal dimakan, cekwa lom cuba hehe.

CekWa said...

Zulkbo: Kawan pon x menerai lagi ulat ni. Lom tiba masanya...

CekWa said...

AAP: Koi dengor citer sedak weh, lemak gtu, bila digoreng garing lagi sodap

CekWa said...

shahromnasrudin: setakat pegang tak geli, tp makan ntah la.

CekWa said...

LL: Memang mulong tu, tp cekwa pun tak berani la nak makan, suka menngok jer, stkat ni la, mana tau sok lusa lain ceriter heheh.

ulfah said...

saya tinggal d semenanjung. macammana nak beliq 0173490742 fatimnora@yahoo.com