Wednesday, June 8, 2011

Suami Jangan Berhutang Dengan Isteri!

Tadi saya terdengar perbualan dua jejaka bujang yang umur masing-masing telah hampir memasuki era 30an.
Si A bertanya kepada si B "mengapa awak ni lambat kawin?, aku tau awak ni memilih sangat orangnya." Si B menjawab dengan penuh keyakinan, "Ya memang betul aku memilih, aku takan kawin selagi tak berjumpa bakal isteri yang kaya dan berduit. Aku tak mahu hidup susah." Begitulah antara perbualan dua insan yang sememangnya mempunyai citarasa yang sama. Sebelum ini pun si A pernah juga berkata perkara yang sama, sanggup bernikah dengan wanita lebih tua jika ternyata mereka bergaji lebih besar darinya.
gambar dari google

Bertuah betul  lelaki zaman kini yang langsung tidak memikirkan tanggungjawab sebenar sebuah perkahwinan. Patutlah ramai yang tak kawin-kawin sampai usia lanjut. Bila ditanya pada gadis-gadis pulak mengapa tak kawin, semua cakap pakwe masing-masing masih tak cukup duit nak kawin. Lelaki nak cari perempuan kaya, perempuan pulak nak cari lelaki kaya....sampai sudah la macam ni budak-budak sekarang.
gambar dari google

Terbaca pula majalah MIDI bulan Mei pertanyaan seorang suami kepada seorang kaunselor dalam ruangan Celik Undang-Undang. Pertanyaannya:  Dia telah diberhentikan kerja kerana syarikatnya gulung tikar. Untuk beberapa bulan dia tidak dapat memberi nafkah kepada isterinya. Isterinyalah yang menyara kehidupannya. Persoalan beliau ialah, adakah beliau dikira berhutang dengan isterinya dari segi nafkah?

Jawapan Kaunselor tersebut ialah:

Kewajipan memberi nafkah ini jelas dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Al-Talaq, ayat 7 yang bermaksud:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya, Allah SWT tidak memberati seseorang Muslim melainkan sekadar kemampuan yang diberi Allah SWT kepadanya. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri juga dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.aw.
Jelas bahawa berdasarkan hukum syarak, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isterinya termasuk dalam menyediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan dalam kehidupan. Nasihat kaunselor tersebut supaya lelaki itu membayar sedikit sebanyak nafkah kepada isteri walaupun beliau tidak meminta semula jumlah wang yang telah isteri belanjakan dalam tempoh suami itu tidak bekerja kerana nafkah isteri suatu pemberian wajib dan tidak gugur begitu sahaja. Dengan cara ini lelaki berkenaan dapat mengelakkan diri daripada melakukan sebarang penganiayaan.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 283 yang membawa maksud: " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh sehingga suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu mencatatkan hutang tersebut"
Ayat ini menekankan kepentingan membayar segala hutang. Sekiranya isterinya meredainya dan ada kata sepakat maka ia tidak menjadi hutang ke atas si suami. Sesungguhnya agama Islam ialah agama yang menjamin keadilan kepada semua manusia baik lelaki mahupun perempuan. Diakhir tulisannya kaunselor itu menyebut, semoga niat ikhlas encik yang ingin melangsaikan nafkah kepada isteri akan menjadikan kehidupan rumahtangga mendapat keredhaan Allah SWT dan masjid yang dibina akan menjadi lebih harmoni dan bersatu padu. 
Begitulah indahnya Islam!

Dua cerite berlainan sudut mengenai jejaka yang pemilih dan sang suami yang ingin membayar hutang nafkah. Terpulang kepada andaian masing-masing untuk menilainya. Sekadar renungan bersama. 

oops ada suara-suara wanita yang berkata: "Aku ni hidup sorang-sorang pun tak cukup makan, macam manalah  nak tanggung laki!" huhu........!




4 comments:

Cikgu Jang .. said...

salam...

ade org kate le...( keknyer bukan koi kate)..

Duit bini, duit aku, duit aku..tetap duit aku....

hehehe

cemomoi said...

dah le lupa agama, lupa pulok tanggungjawab... sesssok la

sahromnasrudin said...

semoga kita tak lupe tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak...

Anonymous said...

morning....bgs kisahya.