Monday, June 20, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Sk Inanam 2 - Sistem Fail

Bila tengok entri terakhir blog cekwa ni bertarikh 13 Jun 2011, bermakna dah seminggu tak tulis apa-apa pun..Sebenarnya sebuk juga dengan tugasan yang tiada hentinya....! Rasanya dalam bulan ni banyak tugasan di luar pejabat. 13hb aritu lawatan sambil belajar ke SK Inanam 2. Tujuan membuat lawatan ini adalah melihat sendiri sistem fail yang telah dilaksanakan oleh SK Inanam 2 yang mempunyai sistem failnya yang teratur dan sistematik. Sebenarnya sistem fail di ofisku ini dah semakin baik selepas beberapa perubahan yang telah aku usahakan sendiri bersama beberapa petugas di Unit Fail. Jadi untuk memantapkan lagi sistem fail di ofis, maka kami diarahkan oleh bos untuk melihat sistem fail yang digunapakai di SK Inanam 2 pula.

Sebenarnya untuk mengubah sistem fail yang ada sekarang aku telah membuat pelbagai tugasan antaranya mengujudkan KMK atau sudah dikenali dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Membuat lawatan ke Arkib Negara sebanyak dua kali, membuat kursus fail kepada semua kakitangan pentadbiran dan usahasama menyusun atur bilik fail supaya lebih kemas dan sistematik. Walaupun telah ada perubahan tetapi kami belum berpuashati dan akan meneruskan usaha-usaha untuk menjadikan sistem fail jabatan ini terbaik diantara yang terbaik......!

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa lawatan kami ke SK Inanam 2 baru-baru ini.
                                          Mendengar penerangan dari GB Sk Inanam 2.
                                       Aku dan Cikgu Juhrin
                                     Surijani, DG Rugaya dan Reggie
                                               Turut serta, Cikgu Jikalan dan Rali

                                              Kami dibawa juga melawat bilik Fail
Kaunter yang kemas tersusun.


Lawatan kami ke Inanam 2 berakhir dengan pemberian cenderamata kenangan dan juga ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar dan kakitangan SK Inanam 2.

8 comments:

Cik SHiNJU said...

Bestnye Cekwa..
Sambil keje boleh jalan2 tempat org.. :D

terokai seni said...

uuu fail penting sebagai bukti...

sahromnasrudin said...

mak aiii....tempat saya ada fail yg tak tersususn gak huhuhhhh

Che Mid said...

Salam, Masa sekolah dulu budak sekolah pergi lawatan sambil belajar.. dah habeh sekolah pun ada lawatan sambil belajar gak.. tun tandanya belajar takde hentinya kan..

CekWa said...

Cik Shinju: Betul tu, kej sambil melawat tempat orang.....!

CekWa said...

cemomoi: Sistem fail yang teratur dan sistematik sangat penting skrang ni.

CekWa said...

sahromnasrudin: haa..cepat-cepat lah susun sistem fail anda....

CekWa said...

che Mid: memang betul belajar dan terus belajar che mid!