Tuesday, May 3, 2011

Masker Lumpur Gunung Berapi

Bersantai setengah hari di Pulau Tiga baru-baru ini amat menyeronokkan kerana mendapat pengalaman baru memakai "masker" lumpur gunung berapi. Pulau Tiga terletak di Laut China Selatan di pesisiran pantai barat Sabah. Perjalanan ke Pulau Tiga perlu melalui jeti Kuala Penyu yang terletak lebih kurang 40 minit dari Pekan Beaufort. Dari jeti Kuala Penyu menaiki bot laju yang disewa khas melalui Pejabat Taman-Taman  Sabah, Pulau Tiga. Mengikut sejarah Pulau Tiga terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.




Berjalan kaki  20 minit menuju ke Kolam Gunung Berapi .











Ni lah mud volcano yang menjadi tarikan ramai ke sini. Katanya kalau berendam di lumpur ni boleh menghilangkan penyakit kulit dan menyegarkan badan.

 Ini kolam khas untuk masker sahaja.Tidak dibenarkan berendam di sini!

Kami semua tak berendam pun, cuma memakai masker aja ....untuk menegangkan kulit muka...!
LAYAN LER MUKE KELAKOR KAMI SEMASA MEMAKAI MASKER!

















Ha ha ha..kelakor betul muka masing-masing dah jadi dayang senandung belake!


.

12 comments:

akuanakpahang said...

Salam, pasal aok me main lumpor yak :)

azzey said...

bestnyer dpt try masker ni...:)

Miecyber said...

Cunnyer semua orang hahahahaha

Atap genting dari tiub ubat gigi

Penemuan Saintis Islam

makdara TERdiva said...

bila la nak ke sini..tsk!

cemomoi said...

amacam ada perubahan makin cun dan gedik tak?

relevan said...

Awet muda..

Anonymous said...

hehehe...cekwa pun cuba jugak yer....lepas ni sah kulit muka bertambah licin n ayu...

Cik SHiNJU said...

Wah...syioknye...
Yun ade tgk mase survivor aritu...

sahromnasrudin said...

semuanya hensem dan cun2 belaka heheheeee

zmah said...

Lawalah semua lepas ni...

LIPISLADY said...

Sallam,

Haha, semua dah jadi dayang Senandung.

Tak pe lepas ni semua jadi lawa.

Jejaka Desa said...

Tak puas main lumpur lembik mase kecik dulu la ni....