Saturday, April 2, 2011

Seminggu dan tiga bulan yang berlalu...!

Pagi Sabtu yang indah! Hanya satu ungkapan yang dpt di lontarkan dipagi indah ini.....
Semalam hari terakhir untuk bekerja bagi minggu terakhir Bulan Mac. Sepanjang tiga bulan ni memang teruja betul dengan kerja-kerja yang banyak, namun tetap dilalui dengan penuh keyakinan dan kekuatan diri yang masih ada. Kalau tiada kekuatan diri mungkin sudah lama rasanya pergi jauh, namun hati ini masih bertahan. Walaupun selalu juga tidak sihat bila terlalu banyak yang difikirkan, tapi Alhamdulillah tidak sampai masuk hospital. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi kekuatan diri menghadapi segala dugaan hidup. Mungkin selama ini aku terlalu banyak berhadapan dengan situasi yang lebih rumit menjadikan dugaan yang dihadapi di sini terlalu kecil bagiku.

Seminggu berlalu...segalanya berjalan lancar meskipun agak panas jugak sesekali dengan berbagai dugaan yang timbul. 28 Mac ke Mesyuarat Pewanis, nampak semangat semua ahli-ahli pewanis Beaufort yang sememangnya telah dua tahun tidak aktif. Kali ini aku mahu semuanya bergerak aktif semula. Terima kasih sokongan kalian, walaupun aku cuma Bendahari didaerah ini tapi biarlah aku juga turut serta memberi idea-idea bagi mengerakkan aktiviti di sini. Sabar ya semua jangan risau kita akan pastikan Pewanis Beaufort akan menjadi persatuan paling aktif di Sabah.

30 Mac ke Hospital Beaufort, sebenarnya urusan ke hospital ini adalah salah satu aktiviti yang aku lakukan di pejabat ini bagi memberi peluang kepada semua pegawai dan kakitangan yang berumur melebihi 40 tahun mendapat pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan percuma. Program ini juga mendapat sambutan agak menggalakkan, ada jugak yang berumur kurang 40 tahun nak turut serta tapi terpaksa ditolak kerana pemeriksaan ini hanya diberi setahun sekali kepada kakitangna yang melebihi 40 tahun sahaja.
setelah dibuat pemeriksaan, aku telah disahkan oleh doktor sihat secara keseluruhan. Selama pemeriksaan setakat ini hanya seorang sahaja disahkan mengidap darah tinggi dan perlukan rawatan. Harapan semuga semua staf di pejabat ini sehat-sehat belaka.

31 Mac sepatutnya telah menghantar Laporan Pengurusan Aset tetapi terpaksa ditunda kerana banyak sekolah yang belum menghantar laporan mereka untuk dikemukakan. Terpaksa buat surat peringatan dalam masa beberapa hari, fax, cetak dan hantar dalam seminggu. Dalam kepenatan memikir, merancang sempat lagi staf unit pentadbiran membuat kejutan majlis harijadi yang serba ringkas. Begitulah cara kami menghargai rakan-rakan yang sama-sama membantu dalam tugasan kami di unit ini. Happy Birthday Mr.Amir.

1 April tak dapat menghadiri Majlis Penutupan Sukan kerana terlalu banyak kerja di pejabat yang perlu disegerakan.  Mohon maaf ya Mr. J tak dapat hadir, walaupun kehadiran diwajibkan. Sebelah petang adakan mesyuarat dua dalam satu untuk menjimatkan masa. Maklumlah bukan mudah untuk mengumpulkan semua Mr2 di pejabat ni, semua ada urusan penting yang juga perlu disegerakan. Dalam kekelabutan (ada ke bahasa ni?) ada juga yang terlepas pandang. Banyak pulak teguran sana-sini...aduss, mujur jugak Mr.B beri sokongan padu kepadaku dlm menjalankan tugasan. Teguran yang diberipun penuh dengan kehalusan dalam ketegasan. Mungkin kalau agak keras tegurannya itu,  boleh menangis aku 4 hari 4 malam. Tapi mujurlah aku ni jenis muka 'selamber derk'. Begitulah kehidupan tidak akan terlepas dari membuat kesilapan, meskipun kita sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik! Dalam kesibukan nak uruskan aset, ada lagi yang mendatang dan mendatang, pelan strategik lima tahun, New Deals, anugerah perkhidmatan cemerlang, MS-ISO, pelupusan, failing, latihan dalaman-luaran, yang setiap satunya perlukan ketelitian, kepatuhan, kecekapan, ketepatan dan segala-galanya.

2 April Program ke Pulau Tiga terpaksa ditunda memandangkan cuaca agak tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Ramai yang kecewa juga, tapi apakan daya itulah keputusan yang perlu diambil disaat-saat akhir.Sejak beberapa hari lalu Beaufort di landa banjir lagi. Kira banyak kali juga banjir disini dalam setahun. Tapi bagusnya tiada kedengaran sana-sini bising2. Aman damai aja di sini ba!
Aku arahkan anak buah datang kerja hari ini, tapi bila memikirkan kepenatan seminggu yang berlalu dan juga tiga bulan yang berlalu, maka aku menghentikan niat ini demi merehatkan diri.

Jadi pagi ini aku bangun jam 4 pagi dengan penuh ceria, solat, basuh baju, kemas rumah, buat kopi o, dengar muzik, dan melayari internet dengan sesuka hatinya. Aku mahu rehat dan tak mahu diganggu. Aku berpeluang rehat tanpa gangguan telefon,  gangguan kerja,  gangguan air, api, dan sebagainya.

Ucapan Pengerusi PeWanis Negeri Sabah
 Ucapan  Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Antara aktiviti PeWanis di KK, bab shopping memang tak lupa!

 Harijadi Amir
Tumpang bergambar dengan kek orang!

No comments: