Thursday, April 21, 2011

merehatkan diri!

Dah selamat menghadapi peperiksaan 14hb lalu...memang santai sungguh. Kalau ikut rasa, insyallah boleh lulus cemerlang tuuu hehehehe (dgn yakinnya) doakan kejayaanku dlm exam tu nanti ya.

Habis saja exam terus rasa hepi yg amat sgt sebab hari tu jugak nak balik kampung di Pahang, kampung kesayanganku...juga nak balik ke Kuantan untuk bertemu hero-hero yang dah lama kerinduan.

Sebelum balik aritu sempat juga merayau di KK sampai lah ke Bukit Bendera. Kat Sabah pun ada Bukit Bendera macam kat P.Pinang jugak. Gambar bandar KK dari Bukit bendera yang sempat di ambil. cuma singgah selama 5 minit saja kat situ.


Selepas berehat 5 minit di Bukit Bendera terus ke airport untuk meneruskan perjalanan ke KLIA, dan terus ke kampung. Seronoknya dapat jumpa anak-anak. Mereka pun nampak hepi. Disebabkan terlalu banyak masa dengan anak-anak tak sempat lah nak bertemu dengan semua rakan-rakan. Maaf lah ya kawan-kawan, lain kali berjumpa lagi.
Sekarang ni dah di kampung. Tak lama lagi dah nak balik ke Sabah meneruskan tugasan yang masih menunggu. Cepatnya masa berlalu...tak puas lagi bermanja dengan anak-anakku...!

6 comments:

Maz said...

time kasih follow Mamaz...cekwa bertugas ke study kt sabah? terkejut td baca merayau di KK smpi bukit bendera....rupenye ada bukit bendera di KK gak yer...insya'Allah klu dh yakin tu mmg cemerlang la tu...hehe...sy pn tgh final exam ni(part time study kt UTM)...selamat bermanja2 ngan anak2 k...

CekWa said...

hai maz, cekwa bertugas di Sabah ni. Slmat ber exam maz!

Che Mid said...

ye ye cek wa is back!! cepat-cepat tulis lagi..

akuanakpahang said...

Salam, kawan dulu gitu juga.. rasalah popalit senang macam makan kacang aje periksaan tu.. apa nok kabor bila kuar rezab aje terkedu huhuhuhu....

CekWa said...

che mid: rindu kat blog, lama xjenguk.

AAP: Koi pun risau jugek, takut tiber2 tak lulus, hihi, harap2 lulus laaa.

Miecyber said...

Selamat kembali ke Pahang yak...

Robot halus