Friday, December 24, 2010

Mandi Hujan...!!

Syukur Alhamdulillah.. Ajim dah ok demamnya..Lega sikit rasa hati ini...

Akhir tahun ni semua orang bizi, bizi dengan anak-anak nak sekolah, dan macam-macam lagi. Walaupun duduk berjauhan dari anak-anak, cekwa juga bizi, banyak perkara perlu diuruskan. Urusan dari jauh pun tetap dijalankan.

Selain dari urusan anak-anak, bizi juge mencari rumah sewa yang lain, maklumlah kawasan perumahan ini agak kritikal sekarang ni. Kritikal sebab air selalu takde. Suasana di Beaufort memang berbeza dari semenanjung, memang selalu ketiadaan air terutama di tempat tinggal cekwa yang berbukit sedikit.Rasanya dah sebulan mandi dengan air tadahan hujan aje. Rasa badanpun dah naik sengal-sengal. Nak minum air terpaksa dibeli melalui mesin air, tak sanggup rasanya nak masak air hujan!

Jadi keputusan untuk meninggalkan rumah ini terpaksalah dibuat. Dalam seminggu dua ni bizi sikit lah berpindah randah lagi. Nak cari kehidupan selesa ni bukannya mudah, banyak pengorbanan perlu dibuat.
Begitulah al-kisahnya Jumaat yang indah ini.

Meneropong anakanda dengan basikalnya di Kuantan baru-baru ini. Mama dia teropong melalui facebook aje. Gambar-gambar ini dicurik melalui facebook Aca yang baru berjinak-jinak dengan lumba basikal.

2 comments:

azzey said...

Cek Wa: mmg best naik basikal nih...

CekWa said...

memang beh azzey...jom kita pulak naik nak? lama dah tak exercise