Tuesday, December 21, 2010

ikut hati mati..ikut rasa binasa!

Beberapa bulan lalu, seorang teman rapat saya dalam proses ke Mahkamah untuk memohon penceraian. Dia datang kepada saya dan meminta pandangan secara peribadi samada patutkah dia teruskan permohonan itu.Hatinya terlalu luka dengan perbuatan suaminya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Saya tanya dia, adakah perlakuan suaminya berubah sejak dia mempunyai kekasih lain kerana setahu saya suaminya amat baik sekali, tidak pernah sekalipun dalam tempuh lebih 20 tahun perkahwinan mereka, suaminya menengking herdik sahabat saya itu. Malah suaminya jugak sentiasa menjaga makan-minum, sakit-pening isteri dan anak-anak. Sehinggakan bila saat isterinya menderita sakit berbulan-bulan terlantar, suaminya juga setia menjaga dan dilayan dengan begitu baik sekali.

Sahabat saya itu memang mengakui kebaikan suaminya terhadap diri dan anak-anaknya. Cuma dia rasa tertekan kerana suaminya sanggup tidur dengan perempuan lain ( yang masih anak dara) tanpa rasa berdosa.

Sebenarnya sahabat saya ini dan pasangannya adalah pasangan yang agak alim. Sentiasa berdua ke Masjid dan ke Surau, serta kuliah-kuliah agama. Malangnya suaminya seketika jadi lupa tentang halal haram dan lupa akhirat bila bertemu dengan perempuan itu, cuma bezanya kasih sayang terhadap isteri masih seperti dulu. Tak pernah di pukulnya isteri, malah baju isteripun dia yang seterika kerana isterinya tidak sesihat dulu.

Jadi saya telah menasihatinya secara peribadi, walaupun saya anggap dia sebagai kakak kerana dia lebih tua dari saya, tapi saya tak sangka nasihat saya itu diterima olehnya. Alhamdulillah...saya telah selamatkan sebuah rumahtangga yang hampir roboh satu ketika dulu. Kini nampaknya mereka makin bahagia dan si suami telahpun ke Mekah menunaikan haji.

Nasihat dari saya kepada sesiapa yang berhasrat untuk bercerai, bersabarlah menghadapi dugaan Allah, kerana setiap dugaan itu ada hikmahnya, mungkin juga Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita.
Tetapi bagi wanita atau isteri yang teraniaya kerana disiksa secara fizikal oleh suami, isteri perlu tahu haknya dan janganlah pula dibiarkan tersiksa selamanya..

6 comments:

mohammad said...

salam ziarah

azi nur said...

pahala besar akak dpt...congret~ :)

akuanakpahang said...

Salam, betul tu ikut hati mati ikut rasa binasa ada baiknya kita ikut iman.

Che Mid said...

AAlhamdulillah, cekwa telah menjadi sahabat yang baik. Kadang-kadang kita tenggelam oleh masalah sehingga memerlukan orang lain menyedarkan kita, dan dia telah bertemu dengan orang yang tepat iaitu cekwa. Semoga persahabatan kalian terus kekal

sahromnasrudin said...

as salam..semoga cekwa terus sihat walafiat dan dikurniakan kesihatan yang baik...

shahjiehan said...

kesian nya die...