Wednesday, November 3, 2010

~ jom buat ujian psikologi ini ~ (saje2 ilangkan penat)

Rasa penat pulak petang ni, stress sket keje banyak, nak rest sekejab!!!!





Sambil2 tu jom kita buat ujian psikologi.

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita...




Soalannya mudah:




Jika anda diminta menanam pokok kelapa, sila pilih tempat yang anda rasa sesuai...Ada 4 je tempat yang diberi pilihan untuk anda.




1-tepi sungai


2-halaman rumah


3-tepi/tengah padang


4-belakang rumah/tepi dapur






Jawap dengan jujur sebelum tengok jawapannya.




ok , dah pilih????




1




2




3




4


.


.


.


.


.




ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu








1- tepi sungai - orangnya boros-sukar berjimat-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros




2- halaman rumah -sangat suka dipuji-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali




3-tepi/tengah padang -sangat berkira/kedekut




4-belakang rumah/tepi dapur-penjimat-pandai menguruskan kewangan dengan baik-paling bersederhana dalam semua segi




Mujur pilih n0 4 hehehe.........

6 comments:

Cik SHiNJU said...

Salam Cekwa...

Yun ni tadi pilih no-1,
sbb umah kat kg ter byk pokok klape kat tepi sungai..
Boleh menahan tebing sungai dari runtuh..
Kalau tanam belakang umah takut ribut nt abeh nimpa atap...lalala :S

Aku Anak Pahang said...

Kalau kawan...kawan tanam jauh sikit pada dapur bimbangnya tumpang hempak kedapur keknya kerana xde pilhan kawan akur juge dgn jawapan no4 te :)

Che Mid said...

Che mid pilih no 4... sebab bila berbuah senang nak petik buahnya.. buat gulai atau minum airnya..jimat ke tu hehe

sahromnasrudin said...

saya pilih no 1 sebab kalau org sesat kat sungai, dia boleh berteduh bawah pokok tue hahahahah

Mieza said...

Pergh....
Nasib baik dah pilih siap2 no 4....
huhuhu

Anonymous said...

test yang baik......i pilih no 4 jgak.....bkn lps tgk jawapan yer...ur secret admirer..from ktn