Thursday, November 11, 2010

Jadilah Lelaki Paling Menarik Di Mata Wanita



Menjadi lelaki idaman wanita memang tidak sukar sekiranya anda mengetahui apa yang disukai wanita. Selain itu ikuti juga tip-tip di bawah ini yang membolehkan anda menjadi lelaki menarik di mata kaum hawa.


EMOSI

Wanita mudah benar menerima lelaki yg romantis. Ditambah sedikit sikap penyayang, lelaki begini akan jadi pujaan hatinya. Namun, untuk lelaki yang menarik di hati wanita, anda perlu mengetahui keadaan emosinya. Ini kerana pasangan sentiasa terlibat dengan kasih sayang dan cinta. Jika anda pandai membaca emosinya dan tahu cara mengendalikannya maka anda adalah lelaki yang sempurna di matanya.


LIHAT ISINYA BUKAN LUARAN

Jangan menilai diri seseorang dengan penampilannya saja sebaliknya anda perlu menilai isi dalamannya. Begitu cara mahu menakluki hati wanita. Mungkin luarannya seorang wanita itu tidak cantik tetapi isi hatinya suci bersih. Kalau anda mampu menilai peribadi berdasarkan mata hati, maka anda lelaki beruntung.


TAHU GARIS SEMPADAN

Satu lagi ciri lelaki yang menarik ialah mereka tahu batasan dengan wanita. Lelaki yang memahami adalah lelaki yang tahu menjaga batasannya, ia bukan saja melibatkan maruah tetapi masa depan wanita itu sendiri.


JUJUR, BERAKHLAK, TULEN DAN SEJATI

Lelaki terbaik adalah lelaki jujur, berakhlak, tulen dan sejati. Kesemua ciri-ciri ini memang dicari oleh seriap wanita kerana agak sukar mencari lelaki yang memenuhi impian setiap wanita.


SENTIASA BERHUBUNG

Wanita akan terasa dihargai dan disayangi bila anda sentiasa menghubunginya. Walaupun nampak seperti agak remeh tapi hakikat itulah yang membuatkan wanita jatuh hati pada anda.


BELAJAR MENGENAI KESELURUHAN KEHIDUPAN

Wanita biasanya cukup perihatin. Oleh itu cubalah tanya kepada mereka tentang aktiviti seharian yang dijalani. Selaian itu tanyakan juga tentang ahli keluarga dan rakan yang rapat dengannya. Pertanyaan seperti ini akan membuatkan dia merasakan anda lelaki perihatin dan mengambil berat dengan kehidupannya.


TAKLUKI HATINYA

Membuatkan wanita bangga dengan anda, adalah satu bonus bagi lelaki. Begitu juga membuatkan wanita dihargai adalah tanda anda adalah lelaki idaman wanita. Justeru itu, apabila anda menyukainya, berterus-terang kepadanya. Jangan juga malu-malu perkenalkan dirinya sebagai wanita paling istimewa di hati anda kepada kawan-kawan kerana apabila anda berbuat demikian, pasti dia berasa bangga kerana anda sangat jujur.


SEORANG YANG KELAKAR

lelaki yang peramah dan kelakar adalah idaman wanita. Anda akan jadi penghibur kala dia duka dan juga tempat berkongsi cerita.


MENGETAHUI SERBA-SERBI

Pastikan anda boleh bercerita tentang pelbagai isu baik ekonomi, politik, isu-isu semasa, sukan, hiburan dan sebagainya. ia menunjukkan anda seorang lelaki yang sangat perihatin kepada keadaan sekeliling dan mampu menguasai banyak perkara.




Sumber dari Mingguan Wanita

(KHAS UNTUK ANAK-ANAKKU - JADILAH LELAKI SEMPURNA DIHATI WANITA)



8 comments:

sahromnasrudin said...

salam..sanghat susah untuk jumpe lelaki yang baik..sy pun lum tentu ada sifat kat atas tue..semoga adik perempuan saya akan jumpe pasangan yg sejati utk dirinya..

::FAIZ:: said...

KALAU CINTA SEMUA AKAN JD SEMPURNA... KAN?

Cik SHiNJU said...

Salam cekwa...

Wanita dan Lelaki saling melengkapi..
kekurangan mereka ditampung oleh kelebihan kita..
Kelebihan mereka menampung kekurangan kita.. :)

terokai seni said...

haaa yang blom kawin sokmo nampak sempurna..

Mama Hanim said...

hargai lah seadanya..chewahh..hehe..

Aku Anak Pahang said...

Org kalau nak mengena semua baik... dan semua bender boleh jadi baik... kalau dah tak kena seme bender x elok :(

Anonymous said...

nothing to say...but tq 4 ur infu...R & D

zulkbo said...

SALAM..
realiti memang susah nak faham
wanita ni..tolak ansur paling penting
bila berumahtangga...