Monday, September 20, 2010

Merayau ke Kuala Penyu

Cuti 16 September baru-baru ini sempat lah merayau-rayau ke Kuala Penyu, iaitu salah satu daerah berhampiran Pekan Beaufort. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kuala Penyu adalah sebuah pekan yang perlu di lalui sebelum menaiki feri ke Pulau Tiga, iaitu salah satu tempat perlancongan yang menarik di Sabah.

Asal-usul nama Kuala Penyu diambil melalui sebiji batu yang berbentuk seekor penyu yang dipercayai masih terbenam di dasar sungai.

Pulau tiga boleh dilalui melalui kuala sungai ini.


Pekan Kuala Penyu dan replika penyu yang bernama "SiTompok"

Banyak pilihan makanan panas di Kuala Penyu yang sedap-sedap belaka seperti mee basah daging.

Pemandangan di kawasan bot nelayan yang membawa ikan-ikan segar ke sini.


Kebetulan tarikh 16 September 2010 adalah hari lahir kedua orangtuaku, Hj.Jamain dan Hjh.Kamaliah. Kalau mengikut Kad Pengenalan mereka berdua ni dilahirkan pada tarikh yang sama kecuali tahun aje yang berbeza. Kini genap usia ayah 74 tahun dan ibu 70 tahun. Selamat Hari lahir ayahanda bonda tercinta.









5 comments:

sahromnasrudin said...

salam cekwa...dh stat bertugas ?? selamat bertugas ya

ury said...

Waah... sedanp nyee nmpk mee tu...

Mieza said...

Bestnya jenjalan kat Sabah... Bila la Mie nak lepas ke sana nih???

Relevan said...

Bes juga bertugas jauh jauh ni..boleh tengok tempat orang..

Aku Anak Pahang said...

Pergh!! mmg menarik nyaman aje yeek kenan juga kawan nak gi sesekali :)