Tuesday, July 6, 2010

Sehari Bersama Asyraf

Hari sabtu baru ni sempatlah bersama Asyraf yang telah pun menamatkan latihan tunas Wira di UPNM Sg Besi selama 6 minggu semenjak 22 Mei lalu.Risau juga pada mulanya manalah tau kalau dia tak sanggup untuk meneruskan latihan tersebut. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada 3 julai baru2 ini.


Sempat lagi bergambar anak-beranak depan pintu masuk UPNM.



Perbarisan.



Pertunjukan menarik dari anak-anak tunas wira.



Asyraf nampak lebih bertenaga sekarang, dari seorang anak yang suke menangis mase kecik2 dan cukup manja.




Tersenyum lebar dapat jumpa mama dia slps 6 minggu tanpa kabar berita.


Bersama abangnya yang sentiasa memberi dorongan kepada adik agar menjadi tentera.



Adik yang cukup hepi bila dpt bertemu abang yang selalu menjadi rakan gaduh di rumah..Bila dah besar amat rapat sekali.



Bermula 5Julai Asyraf memulakan minggu Orientasi di UPNM..Selamat Belajar sayang, semuga menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat..amin. Begitu jua pada semua anak-anakku yang lain Alis,Aca dan Ajim.Mama sayang kamu!!

7 comments:

Cik SHiNJU said...

Wah...sonok dpt jumpe putera erk...
Selamat belajar kpd adik Asyraf...
All The Best..:)

cemomoi said...

baru segak wira negara

akuanakpahang said...

Alhamdulillah semoga lahir juga seorang Perwira harapan bangsa...Selamat kembali.

zulkbo said...

salam..
selamat berjaya buat Asyraf nanti
dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang
mak mana tak bangga kan anak yek?he he..tahniah

sahromnasrudin said...

tahniah dan selamat belajar utknya

Mazru Majid said...

wah hebat...tahniah.

abu muaz said...

Salam Cekwa...tahniah,tahniah asyraf. Jangan sia-siakan peluang ini.Orang lelaki mesti berani kerana Allah jadikan kita sebagai pemimpin.