Thursday, November 18, 2010

Majlis Meminang & Bertunang Alis & Lea



Belum terlambat rasanya nak mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Lama tak update blog ni kerana kesibukan waktu sejak tiba di semenanjung Jumaat lalu. Berbagai-bagai perkara yang perlu dibereskan, Alhamdulillah setakat harini sudah menyelesaikan separuh daripadanya. Esok akan menguruskan penghantaran kereta untuk di bawa ke Sabah dan petangnya pula akan bertolak ke KL untukmeneruskan perjalanan ke Beaufort. Balik seminggu ke kampung sempatlah mengatur urusan peminangan. Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk kenangan di blog ini.


Sirih junjung pembuka kata
Untuk meminang si anak dara
(pantun sekerat)

Pada 14.11.2010 kami telah membuat rombongan meminang gadis pilihan anakandaku Nurkhalis di Kerteh, Terengganu


Kami berkumpul di rumah mak dikampung Kerayong jam 9 pagi. Sebelum bertolak kami mengadakan majlis doa selamat agar perjalanan kami ke Kerteh, Terengganu selamat dan majlis berjalan lancar,


Oleh kerana keluarga kami memang terdiri dari keluarga Radio Amatur, maka kami telah berkonvoi 6 buah kenderaan yang semuanya menggunakan radio.


Rombongan peminangan sampai jam 2.30 petang, tepat pada waktunya seperti yang dijanjikan


Perbincangan dan adat meminang di serahkan kepada adikku Shaha ( berbaju biru)

Acara menyarung cincin pun bermula...




Aku dan bonda Lea

Bersama kakak kedua Neeta (berjubah hitam)


Bersama bondaku dan bonda Lea sebelah kanan.

Bersama kakakku Roby

Bersama adik ipar sebelah kiri berbaju kuning khamizah dan sebelah kanan baju biru Aishah.



Bersama 3 orang sepupu alis dari kiri Fatihah, Adik Su, Lea,bonda Lea dan Nurin


Ni lah anakanda sulungku Nurkhalis yang malu-malu kucing gtu......


Hantaran dari Alis 5 dulang, didatang khas dari Beaufort Sabah, hasil kerjatangan bondanya sendiri...

Balasan dari pihak perempuan sebanyak 7 dulang.

Selamat bertunang anakanda Alis & Lea........14.11.2010



Insyallah jika diizinkan Tuhan tahun depan kenduri kawin lah pulak............!!!!

8 comments:

zulkbo said...

Salam Eidul Adha..
moga sihat dan ceria..
harapan korban kita
di terima Allah jua..
nampak sama muda je
mak mertua dengan menantunya..
he he

terokai seni said...

moga terlaksana hajat suci...

Aku Anak Pahang said...

Majlis 2 dlm 1 ok tu lebih hebat ceria berganda juga :)

Anonymous said...

selamat aidiladha..buat sahabat ku......hajat d hati nak hadiri sama majlis tunang kesampaian...x sihat......semoga timang cucu cepat2 yer..hehehe.....

sahromnasrudin said...

tahniah!!! majlis telah berjalan dengan lancarnya

Hairun Azmi said...

Congratss to them...

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Meriahnya majlis pertunangan...

Cik SHiNJU said...

Muda2 lg dah nak dpt menantu..heheh
Tahniah Cekwa,Alis n Lea... :)