Friday, September 2, 2011

Persiapan - 1 September 2011

Raya dah siap, tapi kami masih sebuk untuk majlis perkahwinan anakanda Khalis pada 3 September nanti. Pada 4 September pula akan diadakan majlis menyambut menantu yang dibuat secara sederhana di kampung Cekwa pula. Mana-mana yang berdekatan dengan kampung Cekwa bolehlah singgah nanti ya. Oleh kerana majlis yang akan dibuat secara sederhana, maka semua persiapan kami buat sendiri dibantu oleh sepupu-sepupu Khalis. Harini kami dah mula pasang beberapa biji khemah untuk tempat jamuan.
            Khalis, Asyraf, Acha dan Didie bergotong-royong memasang khemah.
Setakat harini, khemah, pelamin dah siap, cuma hantaran aja yang belum siap digubah. Malam esok akan diadakan sedikit malis berinai untuk Khalis. 

3 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
MENDOAKAN SEMUANYA BERJALAN DGN BAIK

pokli said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir btin. Besok ada jemputan majlis berendoi anaknya bernama Khalish Ilman.

Anonymous said...

semoga semuanya berjalan dgn baik...