Saturday, September 10, 2011

Perkahwinan Anakanda Khalis & Soleha - 2&3 September 2011

Syukur kehadrat Allah swt kerana majlis perkahwinan Khalis dan Soleha telah berjalan dengan sempurna...Cekwa amat bersyukur dan juga berterima kasih kepada semua yang terlibat baik keluarga mahupun rakan-rakan tidak mengira di semenanjung dan juga di Beaufort yang sama-sama menjadikan majlis yang sederhana ini amat bermakna buat Cekwa yang pertama kali menerima anak perempuan. Terima Kasih semua!
Ini gambar Khalis semasa majlis berinai yang kami adakan di kampung Cekwa pada 2 September 2011 yang lalu. Pada malam ini juga kami sekeluarga telah mengadakan majlis sambutan hari lahir adik su iaitu sepupu Khalis dan dihiasi pula dengan sinaran bunga api oleh Ajam.
Pagi Sabtu 3 September sebelum bertolak ke Kerteh T'ganu untuk acara akad nikah anakanda Khalis.

Majlis akad nikah diadakan di surau berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan.
Mamanya merangkap mak andam.

Merenjis air mawar tanda restu mama moga keduanya berbahagia sampai bila-bila.

Keluarga Cekwa dah bertambah lagi dengan kehadiran anak perempuan pula.
Makan Beradap.
Setakat ini dulu yang sempat di upload maklumlah selepas majlis aritu tak henti-henti lagi mengemas rumah. Esok pagi dah nak bertolak balik ke Beaufort, so malam ni mengemas pakaian pula untuk memulakan tugas  setelah berminggu-minggu bercuti. Harap-harap balik nanti  kerja taklah bertimbun-timbun hehe.

5 comments:

abu muaz said...

tahniah , tahniah.Moga perkahwinan ini kekal dan sentiasa dilindungi dan rahmat illahi.

CekWa said...

abu muaz: terima kasih..Insyallahh...

bikrayong said...

selamat berbahagia kpd Alis dan Soleha...kepada CekWa selamat bertugas kembali dan sentisa pandai jaga diri dirantauan , ada rezeki komer akan buat rombongan keBeaufort..

CekWa said...

bikrayong: Terima kasih....dtg la sini sentiasa dinanti...!

Anonymous said...

selamat berbahagia kpd alis n soleha...semoga bahagia ke cucu cicit.....