Monday, May 23, 2011

kawen-kawen!

Penatnya!!!!!Harini hari pertama pergi kerja selepas seminggu berkursus yang memenatkan dengan perjalanan jauh serta pelbagai kisah dan peristiwa yang tak dapat dilupakan telah berlaku sepanjang 12-22 Mei 2011. Kisah suka-duka, keajaiban Tuhan yang tak dapat dinafikan.
Hanya kepadamu Allah kupohon agar diri ini terus diberi kekuatan untuk menempuhi tugasan seterusnya.

Hari ini audit telah disempurnakan dengan jayanya di pejabat, dan kami tidak mendapat sebarang NCR. Alhamdulillah...berkat kerjasama semua staff menjadikan auditan kali ini berjalan lancar.
Segala kepenatan, stress dan kebimbangan berlalu pergi bila pihak audit membuat rumusan bahawa secara keseluruhannya pejabat kami telah melaksanakan tugas mengikut standard ISO yg telah ditetapkan. Lega rasanya..Alhamdulillahhhhhhh.......!

Tidak dilupakan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak sedara cekwa Shafid dan Nurul Solehah..Semoga bahagia dan berkekalan sampai bila-bila.....! Majlis persandingan mereka pada 22 Mei 2011 di Grik, Perak.


                                Sama cantik dan sepadan bagai pinang di belah dua.........heeeee!

7 comments:

akuanakpahang said...

Kalau mikir tentang hal kerja mmg pening :( selamat pengatin baru buat mempelai tu :)

zulkbo said...

salam..
selamat pengantin baru
buat yang berkenaan..
semoga di berkati Allah..
:)

Che Mid said...

legalah tu audit dah selesai.. bila nak audit lagi nanti.. tensen semula.. begitulahkan...

Miecyber said...

Tahniah kepada mempelai...


Jus Katak

Papa Mifz said...

minggu depan pun papa mifz ada 3 kenduri kawen kene g....

Jejaka Desa said...

Demam weh...

CekWa said...

terima kasih atas comment anda semua, xsempat nk balas busy memanjang....!