Friday, December 3, 2010

Seronoknya bila anak2 di depan mata!

Sejak Aca dan adiknya Ajim tiba di Sabah 19 November lalu, memang aku sebuk sedikit melayan mereka berdua, maklumlah lama juga aku meninggalkan mereka. Walaupun sebelum ini selalu juga outstation, tetapi tidak lah terlalu lama seperti sekarang. Aku sangat gembira dan bahagia sekali bila dapat bersama mereka berdua ni. Macam2 telatah yang dibuat sehingga kadang-kadang tidak gering gusi ketawa dengan kerenah mereka.
Minggu pertama sampai di sini, aku terpaksa membawa mereka tinggal bersama di Hotel Beverly, KK kerana berkursus selama 4 hari.
Minggu kedua kami dah balik ke Beaufort dan mula mengenali makanan di sini. Kusangka mereka tidak dapat terima masakan di sini, tetapi rupanya kedua2nya boleh menerima makanan di sini dengan berselera sekali. Di sini sesekali kami pekena goreng pisang panas diwaktu malam, tentu sekali di Kuantan tak dpt jumpa goreng pisang panas malam2 begini.
Mee bandung juga makanan yang paling sedap katanya di sini. Dah dua kali aku membawanya makan2 di luar terutama bila air paip selalu tidak ada di rumah, Kawasan perumahan kami selalu ketiadaan air.

Sekarang dah 2 minggu di sini, mereka dah mula kerinduan untuk pulang ke semenanjung, setiap hari bertanya bila agaknya nak hantar balik, terutama yang kecik Ajim ni. Maklumlah dia punya ibu seorang lagi di Kuantan, yang menjaganya sejak kecil.
Tidak lama lagi mereka berdua akan balik, tentu sunyilah semula rumahku dengan telatah mereka...ntah bila lah kami dapat bersama lagi.........!!!!

7 comments:

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..naluri
seorang mak tu pada siapa
lagi kalau bukan anak-anak..
ermmm..sedap nampak laksa
sarawak ter..?

cemomoi said...

uiii payah juga ada kuarga ketnya idop berjauhan gini... manfaatkan le setiap ruang dan peluang yang ada

akuanakpahang (AAP) said...

Salam, sememang tiada kebahagian yang lain rasanya. Bila anak2 ada disampingi kita. Semoga anda ceria di bersama sekeluarga tercinta.

Cik SHiNJU said...

Salam Cekwa...

Cuti2 skoloh nanti bwk la dorg ke sbh lg..
Boleh gak melepas rindu..

Miecyber said...

Nyummyy....

http://miecyber.blogspot.com/2010/12/masjid-al-aqsa-didakwa-akan-runtuh.html

sahromnasrudin said...

as salam cekwa..nape tak bawa diorang duduk sabah je??? huhuhhu

Anonymous said...

apa kabar cekwa...dh lma x jenguk...walaupun i x de blog......tetap follow...ttg cekwa..harap cekwa sihat selalu n kehendaknya.......dah lama x hubungi...t.c